TERKINI SARAWAK : PAS BUAT KEJUTAN DI SARAWAK

Sejarah akan tercipta di mana PAS akan memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Dun pada Pilihanraya Negeri Sarawak Sabtu ini. Keyakinan berdasarkan tinjauan dan pemerhatian petugas PAS sejak dari penamaan calon lagi. Rakyat di Dun Beting Maro telah menunjukkan sokongan luar biasa kepada calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dan ini amat membimbangkan BN.


Keyakinan ini ditambah lagi dengan maklumat dalaman BN yang menyatakan bahawa Beting Maro termasuk dalam kategori kawasan hitam di mana setakat ini terdapat 19 kerusi hitam BN. Malah kedatangan Najib di Pekan Pusa di dalam Dun ini semalam juga disambut dingin oleh rakyat di Beting Maro.


PAS mesti mempertahankan momentum ini dan cuba meningkatkannya. Di samping itu petugas PAS mesti mengawasi setiap inci Dun ini bagi mengelakkan berlakunya ugutan, sogokan dan segala kerja jahat BN. Daripada 71 kerusi yang menjadi rebutan dalam pilihan raya negeri Sarawak Sabtu ini, BN dijangka memenangi 43 kerusi, manakala 28 lagi merupakan kerusi panas, dengan Pakatan mendahului di 19 kerusi dan sembilan lagi 50-50.

Comments

Putra IJ80 said…
Kalau tidak mampu, berkahwin lah satu.,

Lahirkan zuriat yg.terbaik dari yg.baik baik.,

Insyallah,benih yg.baik jatuh kelaut jadi pulau.

Begitulah ibaratnya,jika di takdirkan PAS bole menang satu, bersyukurlah.,

Jadikan satu(DUN)nie asas mengembangkan sayap pengaruhnya sampai satu hari ia dapat menawan keseluruhan.

Insyaallah.
Anonymous said…
klu pas menang satu kerusi disarawak,ok la tu....dari melaka satu kerusi pun tak ada...