PRN SARAWAK : PETUGAS PAS SIBUK KEMASKINI PENGUNDI DATA PENGUNDIAN

Petugas PAS di Dun Beting Maro ketika ini sibuk mengemaskini data pengundi yang telah keluar mengundi. Kumpulan pertama Polling Agent sudah keluar dan membawa data-data tentang pengundi yang keluar mengundi. Menurut maklumat dalaman, peratusan keluar mengundi di Beting Maro agak baik kerana ramai pengundi menunaikan tanggungjawab mereka awal-awal lagi. Petugas PAS dari Kelantan yang mengepalai gerakerja PAS di Dun Beting Maro melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa PAS akan membuat kejutan di Dun ini. Ianya berdasarkan sambutan pengundi kepada PAS sejak sebelum penamaan calon lagi. Menurutnya hari ini juga pengundi lebih ramai mengunjungi khemah PAS dan bertegur sapa dengan petugas dan pimpinan PAS yang ada di kawasan berdekatan. Calon PAS, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus pula sibuk mengunjungi peti-peti undi sambil bertegur sapa dengan pengundi yang sememangnya mengenali dan menyenangi beliau.

Comments