BN TAK MAMPU ELAK PILIHANRAYA KECIL

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.
pkr mp hulu selangor zainal abidin ahmadZainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Dengan ini BN tidak mampu untuk mengelak dari berlakunya Pilihanraya Kecil dalam masa terdekat ini. Kalau sebelum ini BN menperkudakan SPR untuk menidakkan pilihanraya kecil kali ini fobia BN tidak dapat dibendung lagi.

Mahkamah rakyat akan menghukum BN sekali lagi. Insya Allah.

Al Fatihah untuk roh Allahyarham dan kita mengharap seluruh keluarga Allahyarham bersama dengan dugaan ini.

Comments

azman kamarul said…
Akhirnya PENIPU yang PENGECUT terpaksa turun padang.
wanmohd said…
Dlu Bn tkut nk brtanding kt 3 kwsan Dun Perak yg distiharkan kosong oleh Speaker Sivakumar,akhirnya Allah Taala tnjukan kkusaanNya dgn 3tmpat iaitu Bukit Gantang,Bkt Selambau,Btg Ai perlu diadakn PRK.Nk tk nk Bn tpksa btanding,pstu tjd plak PRK Penanti,Bn xnk btanding dn cuba nk lari,akhirnya tpaksa plak btanding dManek Urai.Allah Taala uji lg dDun Titi Tinggi,Bn xmau btanding,akhirnya tpksa la Bn kna tnding kali ini.Moralnya antara Dosa Dosa Besar adlh lari dr MEDAN PERJUANGAN,tkkan Bn xtau apa yg tkandung dlm dosa besar?
wanmohd said…
Sy lbh suka Tim.Pres.PKR iaitu Dr Syed Husin Ali brtanding.