PEDIH HATI LIHAT GELAGAT BERAHIM ALI

Memang semasa nama Ibrahim Ali diumumkan sebagai calon mewakili PAS di Parlimen Pasir Mas pada PRU 12 dahulu hati saya terdetik mengapalah kaki lompat ini dipilih oleh PAS Kelantan. Apakah sudah tidak ada orang lain yang lebih layak.
Bukan apa saya sendiri tidak yakin bahawa Berahim ini akan istiqamah menyokong PAS sepanjang beliau menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas. Ini kerana saya sendiri mengalami pengalaman bersama si Berahim ini, bagaimana perangai dan tindak tanduknya sejak dari beliau menjadi pimpinan Semangat 46 dahulu.
Rupanya sangkaan buruk saya ini benar, tidak sampai 2 tahun selepas ditabalkan menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas, beliau mula menunjukkan belangnya menghentam PAS dan Tok Guru Nik Abdul Aziz secara terbuka tanpa segan silu.
Hari ini semasa perbahasan di Parlimen bagai kera naik tocang, beliau menghentam PAS, Anwar dan PR semahu-mahunya. Ternyata beliau lebih Umno dari orang Umno. Malah beliau kelihatan mahu menjadi juara perkauman Melayu sempit.
Cuma satu soalan saya, orang PAS Kelantan khasnya Pasir Mas tak mahu solat hajat ke minta Berahim letak jawatan sebagaimana Ustaz Ahmad Awang lakukana untuk Mohsin Fadzli Shamsuri di Bagan Serai.???

Comments

Anonymous said…
Lepas ni Berahim Ali nak joint TS Annuar Musa pula.
Anonymous said…
DENGAR KATA TOK GURU SENDIRI YG BERI LALUAN PADA IBRAHIM KATAK, DAN DAPAT JUGA TENTANGAN DARI AHLI2 PAS. KALAU KITA PERTIKAI CARA NEGATIF, PASTI NAMPAK TOK GURU YANG BERSALAH. TAPI TIADA SIAPA YG TAHU HARI2 YANG KEDEPAN. TAPI TANIAH PADA AHLI2 PAS YG PADA MULANYA MENENTANG, TAPI AKUR DIATAS PERINSIP JEMAAH. TAPI MACAM MANA PULA JIKA PANDANGAN TOK GURU TEPAT, DAN IBRAHIM ALI PULA BANYAK MEMBANTU KITA BERSAMA PAKATAN RAKYAT? SEMUANYA ADA HIKMAH, BAGI MENGUJI KEKUATAN DAN KETAATAN KITA DALAM BERJAMAAH. BINI ATAU ISTERI KITA PUN MASIH BELUM TENTU BERSAMA KITA SELEPAS NI. HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHI.
bat8 said…
Tuan,

bagi mereka yang mengenali ibrahim ali, dah tak heran dengan perangai dia sekarang. Dia sanggup buat apa sahaja, kata apa sahaja untuk kepentingan dirinya.

Bukan DSAI, TGNA dan lain-lain pemimpin Pakatan rakyat sahaja yang dia maki hamun, idola pujaan ramai, TDM pun dia balun juga semasa dia kena pecat dulu.

Tindakan terbaik adalah ignore him je
Anonymous said…
molek sgtlah lah wat semayang hajat mintak keburukan/menjatuhkan ore...bagus sgt2....bangga..kagum...hebat....

__alangkah damainya kalu kita bersatu hati semu solat hajat ko palestin ko...kedamaian malaysia ko...minta hajat biar rakyat jd suka islam ko....ni nk badi molek...mu kato kat aku..aku kato kat mu....

sory to say...its really dirty politics in Malaysia....
PAS,PKR,DAP,BN......