AHLI PARLIMEN PASIR MAS TERUS JADI PEMBELA BN NOMBOR 'WAHID'

Ahli Parlimen 'lompat katak', Ibrahim Ali terus menjadi juara perkauman apabila mengungkit cerita-cerita perkauman termasuk peristiwa 13 Mei.
Selain itu beliau mengkritik pembangkang kerana kononnya membawa kes mahkamah ke jalan-jalan raya.
Terbukti Ibrahim Ali sekarang ini cuba menjadi juara pengampu dan kuda kayu paling hebat BN. Mungkin beliau sekarang sedang berusaha untuk dipilih menjadi calon BN pada Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana beliau sudah tahu bahawa beliau sudah tentu tidak akan di pilih menjadi calon bagi parti-parti PR pada masa depan.
Dalam perbahasannya Ibrahim menghentam PKR kerana mengedarkan surat-surat mempertahankan Anwar.
Beliau juga mempertikaikan fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Yusof Al Qaradhawi dengan mengatakan kemungkinan besar Ulama' itu tidak mendapat gambaran sebenar tentang tuduhan tersebut.
Nampaknya Ibrahim Ali lebih dahulu menjawab isu ini mendahului Najib dan Jamil Khir. Sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Yusmadi Yusof bertanyakan tentang fatwa ini pada perbahasan minggu lalu.

Comments

Anonymous said…
Begitulah gelagat bila air dah sampai ke paras hidung. UMNO dah ramai calon dok nanti jadi nak jadi calon (yang kalah di Kelantan)