KERAJAAN BRUNEI TAKUT ALLAH, KERAJAAN MALAYSIA????

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan
penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

"Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada
mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

"Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah
mereka boleh mandi arak.

"Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran,
kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran," tegasnya. - AP

Comments

geligat said…
malaysia telah haramkan dadah..tapi dadah masih boleh jual jugak..
azmie said…
nasib baik dia tak kata, nak minum tuak pergi ke malaysia.