Laporan dan dakwaan terhadap seorang pemimpin yang mendapat faedah dari komisen pembelian kapal selam yang berjumlah jutaan ringgit tidak pernah disiasat walaupun berbakul-bakul laporan dan dakwaan dibuat.
Namun pembelian 46 ekor lembu untuk korban sepantas kilat disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Malah ber'koyan-koyan' dakwaan dan laporan dibuat terhadap bekas MB Selangor Khir Toyo namun Khir Toyo tidak pernah didakwa di mahkamah.
Inilah fenomena kes rasuah di Malaysia. Patutlah Malaysia berada dalam golongan negara paling banyak kes rasuah di dunia.
Hanya kes rasuah yang melibatkan parti-parti lawan BN sahaja yang disiasat sepantas kilat. Jika ianya melibatkan pemimpin BN SPRM atau dulunya BPR pandang sebelah mata atau kadang-kadang laporan itu dibuang dalam tong sampah sahaja.
Rakyat semestinya menilai keikhlasan kerajaan BN menubuhkan SPRM. Adakah ianya benar-benar telus, adil dan cekap atau sekadar untuk memancing undi dan mendapatkan sokongan rakyat.
Malam tadi ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendakwa tiada siasatan lanjutan terhadap penerimaan komisen pembelian kapal selam yang didakwanya membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan siasatan terhadap bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.
Sebaliknya, kata beliau, SPRM segera mengambil tindakan terhadap Khalid Ibrahim yang didakwa menggunakan wang kerajaan Selangor untuk membeli 46 ekor lembu untuk diserahkan kepada penduduk di Bandar Tun Razak.
Semalam, Pengerusi SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa suruhanjaya itu, mempunyai bukti yang kukuh bahawa menteri besar Selangor menyelewang wang kerajaan negeri.
"Apa ingat rakyat ini lembu?" kata Anwar - yang memakai baju batik merah - dengan nada marah.
Anwar berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun pertama kemenangan Pakatan Rakyat di padang berhadapan dengan bangunan Amcorp Mall, Petaling Jaya, malam tadi.
Comments