SOKONG PENGERUSI SPR DAN KUNCU-KUNCUNYA LETAK JAWATAN ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong penuh gesaan Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Pengerusi SPR, Aziz Yusof meletakkan jawatan serta merta. Sesungguhnya apa yang Tok Guru nyatakan kepada media hari ini memang tepat dan wajar.
Bagi saya jika Aziz Yusof seorang yang bermaruah dan mempunyai perasaan sebagai seorang yang berjiwa besar beliau sudah tentu akan meletakkan jawatan kerana ditegur oleh seorang Tuan Guru yang alim tentang agama yang juga seorang menteri besar.
Namun saya yakin Aziz Yusof tidak akan meletakkan jawatan kerana sudah menjadi resam di Malaysia seseorang Menteri dan Pegawai Kerajaan yang melakukan kesilapan tidak akan meletakkan jawatan dan takut untuk bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan.
Walaupun kesalahan Aziz Yusof mengenai tarikh PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah jelas namun mustahil beliau akan meletakkan jawatan. Jauh panggang dari api.
Timbalan Pengerusi SPR Wan Omar Wan Majid sendiri memberitahu bahawa SPR mengambil kira tarikh perhimpunan Agung Umno sebagai asas untuk menetapkan tarik PRK tersebut. Ini membuktikan bahawa Aziz dan kuncu-kuncunya di SPR memihak kepada BN/Umno dan beliau tidak layak untuk terus menerajui SPR.
Ini merupakan kesalahan kedua beliau selepas bertindak 'merompak' kuasa Speaker DUN Perak dalam hal penentuan PRK bagi DUN Behrang dan Changkat Jering.
Maka saya menggesa Aziz Yusof dan kuncu-kuncunya meletakkan jawatan mereka dalam SPR mulai saat ini selaras dengan gesaan Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Media hari ini melaporkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang didakwanya memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana diadakan selepas Perhimpunan Agung Umno penghujung bulan depan.

Tuan Guru berkata, ia seolah-olah membuktikan BN mempunyai kuasa terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menetapkan tarikh manamana pilihan raya.

"Ini nampak macam campur aduk pihak berkuasa. Kenapa nak buat selepas Perhimpunan Agung Umno?," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini.

Pengundian bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu diadakan serentak pada 7 April manakala hari penamaan calon 29 Mac.

Perhimpunan Agung Umno pula diadakan lima hari bermula pada 24 Mac.

Comments