SIAPA LEBIH DERHAKA? ~ Ref Malaysiakini

BN melalui media pengampunya terus menggunakan isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu sebagai senjata baru untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR). Terbaru Speaker DUN Perak diserang bertubi-tubi kononnya menderhaka kepada Sultan kerana mengambil tindakan menggantung Menteri Besar HARAM Kerajaan BN Perak dan Exco dari menghadiri Sidang DUN Perak.

Semua pemimpin Umno sepakat menggunakan isu ini untuk menghukum PR. Pak Lah juga tidak terkecuali.

Namun saya yakin rakyat sudah cerdik untuk menilai dan mengkaji kenyataan pemimpin Umno ini. Rakyat sudah kenal siapa sebenarnya Umno dan sejarah pengkhianatan Umno kepada Raja-Raja Melayu tidak mampu untuk dipadamkan oleh Umno.

Rakyat tahu siapa yang menabalkan seorang Putera Raja menjadi 'Sultan Kelantan' pada era 90-an dulu.

Rakyat tahu siapa yang meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Rakyat tahu siapa yang menggunakan media membongkar dan mengaibkan Raja-Raja Melayu di dada-dada akhbar, TV dan corong-corong radio.

Rakyat sudah kenal siapa mereka dan rakyat tidak akan melupakan sejarah hitam itu sampai bila-bila.

Mana lebih derhaka dan biadap antara MENGURANGKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU dengan membantah keputusan Sultan berdasarkan undang-undang yang ada. SILA JAWAB DENGAN IKHLAS wahai pemimpin Umno. Rakyat tidak bodoh!!!!!!

Comments

Anonymous said…
umno..bodoh sombong n buta sejarah @sengaja membutakan diri semata2 nak jg periuk nasi sendri..tv3 suku pun tiap mlm memainkan berita2 mengarut dan fitnah..jgn igt rakyat bodoh, pekak dan bisu!!!!!!!!