JINS SHAMSUDIN CALON BN DI BUKIT GANTANG? ~ Ref Malaysiakini

Ada desas-desus mengatakan bahawa hero filem Melayu akan menjadi 'Hero BN' di Bukit Gantang. Hero yang saya maksudkan itu ialah Jins Shamsudin yang sememangnya berasal dari kawasan tersebut.
Mungkin BN sudah ketandusan calon yang sesuai untuk menentang calon PAS sehingga terpaksa meletakkan hero filem Melayu tersebut untuk menjadi calon mereka di Bukit Gantang.
Bagi PAS sesiapa pun yang diletakkan oleh BN ianya tidak menjadi masalah kerana 'mood' rakyat memang membenci BN malah sampai ke tahap meluat dan menyampah kepada BN. Ini semua gara-gara tindakan BN khususnya Umno yang merompak kuasa PR di Perak.
Saya yakin jika Jins diletakkan sebagai calon BN sudah tentu ianya akan menyebabkan rasa tidak puashati dikalangan Umno Bukit Gantang yang sejak sekian lama ditipu dan dipermainkan oleh kepimpinan Umno Pusat.
Selepas sahaja era bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang iaitu Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan, Umno Bukit Gantang terus diperbodoh-bodohkan sehingga kerusi Umno itu digadaikan kepada Gerakan pada Pilihanraya 2004 di mana Tan Lian Hoe menjadi ahli parlimen mereka. Pada pilihanraya lalu sekali Umno Bukit Gantang kempunan apabila orang luar, Azim Zabidi pula dibawa kesana. Akhirnya Azim dihukum oleh orang Bukit Gantang apabila tewas di tangan Allahyarham Hj Roslan Shaharum.
Kini kemungkinan besar Umno Bukit Gantang akan dipermainkan oleh Umno sekali lagi jika Jins Shamsudin pula diletakkan di situ.
Kesian Umno Bukit Gantang !!!!!!!!!!!!

Comments

Anonymous said…
Kalau letak jins shamsudin, nampaknya UMNO hanya dapat undi orang melayu yang berumur 60 tahun keatas je la. Golongan muda dan bukan melayu pasti tak undi dia.
Anonymous said…
Nama pun Jins, macam mana lah UMNO ni suka sangat bermain dengan Jins.
Minta maaf lah saudara Jins Shamsuddin nampak nya dia pun akan diperalatkan olih UMNO.
Kalau seniman negara ni terima tiket UMNO maka akan hancur lah kewibawaan nya sebagai orang seni.
Nasihat buat beliau berhati hati lah jangan diperkudakan kerana akibat nya macam si Wan Farid tu lah jadi nya.
ELOK LAH DUDUK BERIBADAT SAHAJA WAHAI SAUDARA JINS SHAMSUDDIN. MASA UNTUK KAMU SUDAH BERLALU DAN KEKALKAN LAH DENGAN TITLE ORANG SENI TU UNTUK TERUS DI HORMATI.
Anonymous said…
woi, bior ler umno nak letak sesaper pun calon.....yg korang sibuk2 apsal....bodo punyer sofi....buat blog konon, tapi go blog gedik.....

kalau bn menang bior ler. kalau PAS menang pun x per la....

bodo punyer sofi wahab
Anonymous said…
wei anon 14.25....ko pun sibuk nk kondem2 blog si sofi gedik2 apahal???????...nape????...ie mntk duit ko wat blog ie???.....ie mintak duit ko ke nk beli pc????......satu sen pun ie x mintak duit ko kn.....dh tu jgn menyalak rr sohaiii!!!!!!
Anonymous said…
Jins ni sombong punya orang..kalau dia jadi calon BN lagi benyaklah huru-hara moral berlaku...orang wayang ni akhlak dia bukan elok sangat...perosak masyarakat....gerenti tunggul kayu pun tak undi dia...perasan...dia dapat benda semua tu...bukan menunjukkan dia pejuang rakyat...dia pejuang wayang yang merosakkan...
Anonymous said…
yang nak kecoh apasal...!!!!!!
suka hati dielah nak bertanding ke ape...kau kate orang tu...kau tu cukup amal ke..???sudah2 lah tu..kau tu yang patutnye pegi bertaubat..kau tu pembangun myskt ke...ape jase yang kau dah buat..bagitaulah(KALAU ADE)..untuk majukan myskt..konon lebih..kau kenal ke die yang kate sombong tu...selalu ke jumpe...kau pun pegi gak tngk wayang..sodahlah....!!!!