PAS Melaka bersiap untuk 'menggempurkan' Bukit Gantang sebagaimana yang diarahkan oleh PAS Pusat. Setiausaha Jentera Pilihanraya PAS Negeri Melaka (JPNM), Bahiki Ismail berkata JPN telah pun meninjau penempatan dan peti undi-peti undi berkenaan dan hanya menunggu masa untuk bertolak ke Bukit Gantang.
"Sebagaimana biasa di mana-mana pilihanraya kecil pun, PAS Melaka akan menghantar 'SMART' teamnya untuk membantu menggerakkan jentera kempen PAS".
"Insya Allah kami akan bertugas di Parlimen Bukit Gantang kali ini, kita juga sudah bersedia dan telah menyusun jadual bertugas yang lengkap dan tersusun bagi memastikan Peti Undi yang kita jaga akan dimenangi semuanya oleh PAS".
Ditanya di mana petugas Melaka akan ditempatkan, Bahiki menjawab bila sampai masanya ianya akan diumumkan kepada semua petugas.
Difahamkan PAS Melaka akan diberikan Peti Undi campuran di mana sebahagian pengundinya adalah bukan Melayu.
Pilihanraya Kecil Bukit Gantang diadakan berikutan kematian Ahli Parlimennya Allahyarham Hj Roslan Sahaharum baru-baru ini. SPR menetapkan 29 Mac sebagai tarikh penamaan dan 7 April untuk hari pengundian.
Kedua-dua parti iaitu PAS/PR dan BN mendakwa masing-masing akan menang.
Comments