PERMIT AKHBAR : JAWAPAN TAK LOGIK OLEH ZAHID


Jawapan Zahid Hamidi yang menyatakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menolak permohonan permit akhbar Malaysiakini danFZ Daily atas alasan mahu mengawal jumlah akhbar adalah tidak logik dan tidak cerdik.

Ia juga, menurut KDN, agar orang ramai tidak dikelirukan dengan berita yang terlalu banyak.

"Penolakan permohonan surat khabar umum bertajuk FZ Daily dan Malaysiakini merupakan langkah awal dalam mengawal lambakan penerbitan surat khabar umum yang berkemungkinan boleh mengelirukan orang ramai sekiranya terlalu banyak berita disiarkan oleh pelbagai surat khabar," menurut KDN.

Kementerian memberi jawapan itu ketika menjawab soalan bertulis MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul di Parlimen.

"Ia dilihat cenderung untuk menerbitkan berita-berita sensasi dan kontroversi untuk menarik perhatian pembaca," jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu dipetik.

Dalam jawapan sama, KDN turut menjelaskan yang permit lidah rasmi PKR, Suara Keadilanpula ditolak kerana kandungannya melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984".

Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Tinggi membatalkan keputusan menteri yang menolak permohonan permit Malaysiakini.

Keputusan itu kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober 2013.

Jelas sekali Kerajaan BN begitu takut dengan media bebas kerana takut rakyat mendapat makljmat dan fakta sebenar. 

Comments