PAS MELAKA BATAL JAMUAN RAYA, GANTI DENGAN SUMBANGAN PADA RAKYAT MESIR

Melaka : Badan Perhubungan PAS Melaka membatalkan jamuan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bagi menghormati nasib yang dihadapi umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi oleh rejim tentera.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari berkata PAS Melaka menghormati penderitaan umat Islam Mesir yang terus dizalimi oleh rejim kerajaan zalim.

'Pas Melaka mengambil sikap mengantikan jamuan Aidilfitri kepada dana rakyat mesir yang dizalimi. Bagi PAS kawasan dan cawangan yang sudah bersedia mengadakan sambutan aidilfitri, disarankan mengadakan secara sederhana disamping mewujudkan dana bantuan untuk rakyat mesir." ujar beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Adly membuat kenyataan tersebut di dalam facebook beliau.

Keputusan yang dibuat oleh beliau telah mendapat sokongan penuh dari semua kepimpinan PAS Negeri dan Kawasan-Kawasan.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Melaka yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar berkata keputusan ini sangat dipersetujui demi membuktikan solidariti kita bersama saudara-saudara kita di Mesir.

'Sangat setuju, rasa bersalah kita makan-makan, ikhwan kena makan' ujar beliau ringkas 

Antara pimpinan PAS Kawasan yang menyatakan persetujuan dengan keputusan ini ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamad dan Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Mohd Sofi Abdul Wahab.

Sementara itu Bendahari PAS Melaka, Husni Ali berkata semua sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank PAS Melaka yang boleh diperolehi di dalam blog Pas Melaka iaitu http://pasmelaka.blogspot.com.

Majlis sambutan Aidilfitri PAS Negeri Melaka sepatutnya diadakan pada 24 Ogos ini di Bukit Katil, segala persiapan awal telah diadakan sejak minggu lepas.

Comments