AL FATIHAH : SETIAUSAHA PAS KAWASAN LIPIS MENINGGAL DUNIA

Sahabat saya, Setiausaha PAS Kawasan Lipis, Ustaz Abu Hassan Mohamad meninggal dunia waktu maghrib malam ini di Hospital Kuala Lipis. Berita sedih ini dimaklumkan oleh kepada saya oleh Saudara Roslan Zainal Al Ahmadi, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang sebentar tadi.
Allahyarham seorang pesara kerajaan merupakan pejuang Islam yang istiqamah dan komited kepada perjuangan. Seluruh ahli keluarga beliau merupakan penyokong kuat PAS. Beliau berasal dari Kampung Keledek salah sebuah kubu kuat PAS di Kawasan Cameron Highland yang tetap dimenangi PAS walaupun semasa PAS lemah seperti pada tahun 2004.
Kali terakhir saya bertemu beliau sewaktu berceramah bersama Haji Mohamad Sabu dalam bulan Mei lalu.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dikalangan para syuhada.

Comments

TBO said…
salam

Al-fatihah seorang pejuang yg meninggal dunia dalam jemaah dan perjuangan Islam, insyaAllah bersama solehin dan mujahidin
PALESTINHOOD said…
Al-fatihah... Saya percaya & yakin beliau telah mengkaderkan pengganti2 beliau dalam gerak kerja PAS. Insyaalah PAS akan terus bertambah kuat & terus istiqamah dalam perjuangan.
Anonymous said…
moga tiada esa yang lain melainkan yang esa menyemadikan ia didalam golongan yang dikasihi.baru ingin mengenali perjuangan beliau,kepulanganya amat terasa.