KERAJAAN PERPADUAN : PAS PATUT BERI LALUAN KEPADA UMNO DI MANEK URAI

CADANGAN 1
Pada pandangan saya jika benar pimpinan PAS mahukan sebuah kerajaan perpaduan lebih baik PAS tidak bertanding di Manek Urai dan memberikan laluan kepada Umno/BN menang percuma di Manek Urai. Bukankah kemenangan ini akan memudahkan usaha rundingan ke arah pembentukan Kerajaan Perpaduan yang mereka idamkan.

Jika berlaku pertembungan di Manek Urai, bukankah ianya akan merencatkan rundingan tersebut.
Oleh : Abu Ajik
CADANGAN 2
Saya cadangkan Umno/BN jangan bertanding di Manek Urai dan berikan PAS kemenangan percuma demi merealisasikan kerajaan perpaduan. Apa guna bercakap soal kerajaan perpaduan tetapi berlawan antara satu sama lain di Manek Urai.
Oleh : Ahli Kerajaan Perpaduan

Comments

Abu Ali said…
Kerajaan Perpaduan bukannya dengan UMNO Yop. Tolong jangan beri pendapat kalau masih samar-samar.Nanti keadaan semakin bercelaru

Sokong pendapat kedua
Hasbullah Pit said…
"Kerajaan Perpaduan" tidak semestinya membunuh demokrasi.

Kalau semua mahu kerajaan perpaduan, bubar BN & semua parti bertanding di manek urai guna lambang sendiri.
Lebai Mangkuk said…
KERAJAAN PERPADUAN WADAH UTAMA MENYATU-PADUKAN MELAYU/ISLAM

Dalam 10 orang wakil PAS itu sebenar nya separuh daripada nya berjiwa PKR.

Mereka tahu bahawa PKR akan musnah jika 'Kerajaan Perpaduan' benar2 dapat diujudkan. Begitu juga dengan DAP. DAP akan kembali lemah seperti dahulu.

Jika DAP lemah, dengan sendirinya kaum cina dan india terpaksa mengikut menyokong 'Kerajaan Perpaduan yang berteraskan politik melayu/Islam sepenuh nya.

Orang melayu/Islam harus sedar, kuasa memerintah oleh melayu/Islam akan musnah jika berpecah dalam politik. Contohnya apa yang sedang berlaku sekarang.

Kaum cina dan india sudah bersatu dalam DAP, kaum melayu/Islam berpecah dan sudah menampak kan kelemahannya dari segi kuasa memerintah.

Suara kaum cina dan india semakin lantang untuk menghapuskan hak2 kaum melayu. Mereka juga sudah berani menuntut perkara2 yang akan merugikan kaum melayu/islam.

Sedarlah sebelum terlambat.
Pemimpin2 UMNO mungkin sudah sedar segala kesilapan nya dan sudah berubah.
Mengapa kita tidak berani mencuba 'Kerajaan Perpaduan' ?
serupasekala said…
say no kerajaan perpaduan.

Untuk lebih elok tutup topik bab kerjaan campuran.

sebab ramai yang tak setuju dan tidak termasuk dalam mesyuarat syura ulama.

saya harap janganlah kita berandaian yang bukan bukan tanpa fakta.

FAKTA YANG BETUL TG NIK AZIZ CAKAP NO UG THAT ALL .

PSE SOKONG TG NIK AZIZ.
AnakSimunjan said…
Asal sebut atau mahukan kerajaan per....toooot! ( sensor ) antara PAS-umNO apa-apa cadangan pun tak nak terima.

Yang lain tak mahu cerita, tapi bab MARUAH PAS gua mau sentuh. Kalau PAS setuju dengan kerajaan per....toooot! ( sensor )mana nak simpan maruah dan harga diri perjuangan.

Kalau dikatakan pemimpin-pemimpin umNO sedar maka masuk je PAS. Buangkan umNO. umNO sekarang ni dipimpin oleh golongan yang telah berusaha bermati-matian memburuk-buruk malah bertekad untuk MNEGUBURKAN PAS selama ni.

Sekarang waktu umNO lemah dan nazak kenapa nak pedulikan umNO. Waktu umNO kuat dulu bukan main lagi nak kuburkan PAS , kini waktu PAS kuat biarkan jelah umNO tu mati. Bukan pemimpin PAS yang mahu tapi rakyat yang buat. Bila umNO mati maka PAS adalah pembela orang melayu. Semuanya terletak pada hak dan suara rakyat.

Jangan cuba mengadai maruah PAS demi kemenangan percuma di Manik Urai. Cadangan meminta umNO membuktikan keikhlasan kerajaan per....toooot! ( sensor )dengan memberi kemenangan percuma pada PAS adalah tindakan yang akan mengadaikan maruah PAS sendiri. Ingatlah bahawa balasan dan imbuhan yang cukup besar menanti PAS jika ini dilakukan.

Biarlah umNO bertanding. Terpulanglah kepada rakyat menilai dan membuat keputusan. Jika rakyat yakin akan perjuangan PAS maka PAS akan menang. dan untuk menang maka segala usaha penerangan perlulah diperhebatkan oleh seluruh gerakan PAS. Kalau umNo pakai segala kekayaan dan kemudahan kerajaan maka PAS gunakanlah tenaga rakyat dan penyokong tegar PAS.

Jika niat PAS ikhlas terus berjuang mempertahankan islam dan mengangkat martabat orang melayu nescaya PAS akan menang di Manik Urai.

Insya Allah PAS akan menang dengan majoriti lebih besar di Manik Urai. Teruskan perjuangan kalian dalam menegakkan polisi perjuangan PAS. Rakan-rakan lain dalam Pakatan Rakyat akan sama melemahkan jentera umNO/BN di Manik Urai. Sesungguhnya bantuan dan sokongan daripada sahabat-sahabat PR dalam membantu PAS sedikit sebanyak akan memberi kebaikan kepada PAS demi mengekalkan maruah dan penguasaan PAS di Manik Urai.