BERSEMUKA SELESAIKAN KONFLIK?

Sejak dari awal konflik ini tercetus saya telah mengemukakan pelbagai cadangan dan pendapat untuk menyelesaikannya.

Antaranya :-

  • Buat kenyataan rasmi bahawa PAS tiada niat untuk membentuk KERAJAAN PERPADUAN dengan Umno
  • Jangan buat sebarang kenyataan tentang KERAJAAN PERPADUAN sehingga boleh dieksploitasi oleh musuh dengan menampakkan PAS teringin untuk membentuk kerajaan perpaduan
  • Buat pertemuan antara pemimpin tertinggi (Presiden & Timbalan Presiden) dengan Mursyidul Am bagi menyelesaikan kekeliruan ini.

Namun sehingga kini tiada sebarang langkah konkrit dilakukan sehingga terkeluar beberapa kenyataan seperti lebih baik masuk Umno, sampah, letak jawatan dan sebagainya.

Untuk itu saya sekali lagi mencadangkan perkara di atas dilakukan SERTA MERTA.

Selain itu pimpinan tertinggi PAS yang jelas mempunyai pandangan yang berbeza tentang KERAJAAN PERPADUAN ini diharapkan SEGERA membuat pertemuan dan perbincangan bagi menyelesaikan perbezaan pendapat ini. JANGAN jadikan media sebagai medan penyelesaian.

Comments

Abu Ali said…
Ini ana sokong. Sepatutnya masalah dalaman parti kita diselesaikan sesama sendiri, bukan melalui media perdana pengadu domba.

SOKONG DUA TOK GURU
Hasbullah Pit said…
Jom anjurkan Hi-Tea bersama TGNA & Nasha.
Anonymous said…
Buat muktamar khas..bagi ahli decide..sebab kadang bukan semua pemimpin PAS cerdik pun!!ahli2 bawahan lagi bijak dan pandai dalam hal ini...kalu x nak dengar suara ahli dan rakyat..baik x yah jadi parti poltik..macam nik aziz kata wat sampah jee!!