PRO MUQABALAH VS PRO PAKATAN RAKYAT KEDUA-DUA PAS, APA MASALAHNYA?

Label melabel terus di mainkan oleh media atas tujuan untuk memecah belahkan perpaduan dan juga mengaut keuntungan material.
Bagi saya samada orang itu Pro Muqabalah atau Pro PR apa masalahnya kedua-duanya PAS. Saya yang mempunyai satu undi dan akan mengundi pada muktamar PAS nanti tidak meletakkan syarat samada seseorang calon Pro Muqabalah atau Pro PR untuk saya undi. Saya akan mengundi calon yang istiqamah, berkarisma, tahan uji, mempunyai leadership skills dan sebagainya.
Pemimpin yang saya pilih mestilah memenuhi kriteria yang saya sendiri tentukan berdasarkan pengelibatan saya di dalam Perjuangan PAS selama 27 tahun iaitu sejak tahun 1982 ketika saya masih di tingkatan dua.
Saya yakin saya mengenali pemimpin-pemimpin yang lama dan baru. Ramai pemimpin yang bertanding menjadi guru saya semasa Tamrin, Usrah dan semasa berorganisasi.
Jangan bimbang calon yang terbaik akan mendapat undi saya kali ini.
Kepada media (Ketua Pengarang, Editor, Wartawan) sekali lagi saya ingatkan bertaubatlah jangan meneruskan kerja-kerja memfitnah, menghasut dan mengadu domba, buruk padahnya kalau dosa kalian tidak diampunkan oleh seluruh kepimpinan dan ahli PAS yang difitnah, diadu domba kerana kita tahu dosa kepada manusia hanya diampunkan oleh Allah setelah manusia yang difitnah, ditohmah dan diadu domba itu sendiri memaafkannya.

Comments