'ULAMA' TAK FAHAM MOGOK LAPAR DENGAN BERPUASA

Saya bukanlah seorang ulama atau orang alim. Tetapi saya berpegang dan berpaut kepada kepimpinan Ulama' dan Orang Alim dalam perjuangan saya. Pemimpin saya tidak pernah dituduh terlibat dengan rasuah, pembunuhan, skandal, bawa lari anak sultan, main judi, kahwin lari dan sebagainya.

Saya yakin dan memberikan wala' sepenuhnya kepada kepimpinan Ulama' selagi mereka mentaati Allah dan Rasul.

Malangnya ramai kawan-kawan saya yang mengaji dan berilmu setaraf ulama tetapi tidak mahu menjadi Ulama' sebagai pemimpin. Akhirnya pemimpin yang bukan Ulama' mempermain-mainkan mereka. Ada yang ilmunya setaraf ulama' pun percaya dan taat kepada pemimpin walaupun integriti dan akhlaqnya dipersoalkan orang ramai.

Akhirnya lahirnya ulama' pengampu dan pembodek. Apa sahaja yang dikatakan semuanya HALAL atau paling kurang pun HALAM.

Sehari dua ini riuh ada Ustaz atau mungkin juga ulama' menuduh ahli dan pemimpin PAS akan menjalankan mogok lapar. Sedangkan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menyatakan dengan tegas bahawa ahli PAS diminta berpuasa sunat selama 3 hari sempena awal bulan BUKANNYA MOGOK LAPAR.

Ustaz Ahmad menafikan pemimpinnya bermogok lapar - dianggap bertentangan dengan ajaran Islam - seperti didakwa sesetengah pihak.

"Banyak pihak tidak mengambil maklumat yang betul. Sebenarnya, mogok lapar ini untuk kawan-kawan yang bukan Islam. Yang Islam berpuasa sunat," kata Ahmad Awang pagi ini.

"Hari ini 1 Jamadil Akhir. Menurut takwim hijrah, dari 1 hingga 3 hari bulan, (orang Islam) memang sunat berpuasa. "

"Dalam Islam pun, memang digalakkan berpuasa sunat dahulu sebelum memohon sebarang hajat yang besar."

Beliau mengulas tuduhan yang dilemparkan kepada PAS - yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - apabila menganjurkan mogok lapar selama 72 jam mulai hari ini untuk mendesak pembubaran DUN.

Tokoh agama terkenal Johor, Datuk Noh Gadut semalam dilaporkan berkata, amalan mogok lapar haram dan bercanggah dengan al-Quran dan sunnah kerana ia boleh memudaratkan.Ahmad juga menjelaskan, Pakatan di Perak tidak mengabaikan aspek kesihatan dalam mogok tersebut apabila perkhidmatan doktor disediakan kepada mereka yang terlibat, termasuk beberapa ADUN.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Mogok lapar yang bermula di ibu pejabat DAP Perak di Ipoh pagi ini akan berakhir di pejabat PAS negeri petang Khamis dengan solat hajat.

Comments