ALI RUSTAM JADI KAMBING HITAM

Demi untuk menunjukkan bahawa Umno tegas dalam menangani rasuah Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam telah dijadikan kambing hitam. Ali telah dipilih sebagai mangsa untuk memperbaiki imej Umno yang semakin parah.

Namun rakyat faham bahawa walaupun Umno cuba menunjukkan mereka benci rasuah tetapi gula-gula Umno tidak dapat menipu rakyat. Rakyat sedar dan tahu bahawa terdapat 1000 aduan tentang salah laku dan rasuah dalam Umno. Namun yang dikenakan tindakan hanyalah segelintir sedangkan bukti-bukti jelas termasuk gambar, rakaman percakapan, pengakuan orang terlibat dan sebagainya diserahkan kepada Jawatakuasa Disiplin tetapi ianya tidak diambil tindakan. Jadi adakah ini menunjukkan Umno benar-benar serius mengekang rasuah.

Malah tindakan menggantung Ali juga tidak melambangkan Umno benci rasuah kerana Ali bukan sahaja sepatutnya digantung malah ia wajib dipecat dari Umno.

Pemimpin-pemimpin Umno dan ahli-ahli Umno yang disiasat dan didakwa terlibat dengan rasuah ini juga mesti diadukan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya. Namun ini tidak dilakukan oleh pemimpin Umno yang menyebabkan rakyat sedar bahawa Umno hanya berlakon sahaja untuk mencegah rasuah.

Selain itu pemimpin Umno juga berada dalam situasi serba salah kerana sebahagian besar pemimpin mereka termasuk pemimpin tertinggi di dakwa terlibat sama dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Comments

Anonymous said…
Salam sahabat, Ali ketam telah dijadikan kambing hitam.... Apa lg gi asah parang kita sembelih kambing hitam ni. Lepas tu pakat buat BBQ mlm ni.
~PakKaramu~ said…
Salam,

Ali Rustam bukan jadi kambing hitam tapi memang dah jadi kambing oleh Mohd Taib dan Muhiden
zman said…
Salam

Takboleh tukar kaler lain ke..