RAKYAT MELAKA TOLAK ALI, PANEL RAYUAN JUGA TOLAK RAYUAN ALI

Sudah jatuh ditimpa tangga demikian nasib yang menimpa Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam hari ini.

Jam 2.00 petang tadi rakyat Melaka mengadakan himpunan aman menggesa Ali meletakkan jawatan Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru. Seramai 500-1000 rakyat berhimpun menyatakan rasa tidak puashati kepada Ali yang masih mahu meneruskan tugasnya sebagai Ketua Menteri.

Petang tadi juga Ali menerima satu lagi berita sedih kerana rayuannya telah ditolak oleh Panel Rayuan Lembaga Disiplin Umno.

Panel tersebut yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mendapati larangan Mohd Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dikekalkan.

Pengerusi panel rayuan itu Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin yang mengumumkanperkara itu hari ini berkata larangan bertanding itu berkuatkuasa serta merta.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno mendapati Mohd Ali bersalah melanggar peraturan pemilihan Umno dan dilarang bertanding jawatan timbalan presiden.Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga, iaitu ejen-ejennya terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

Ekoran itu, Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.

Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah naib ketua Puteri Umno bahagian yang sama.Berikutan itu, ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.

Saya menggesa supaya Ali segera meletakkan jawatan jika beliau seorang pemimpin yang bermaruah. Jika tidak saya yakin Ali akan dikenang dalam buku sejarah sebagai pemimpin yang tidak bermaruah dan tiada harga diri kerana walaupun telah disabitkan kesalahan masih tidak malu untuk meneruskan tugas sebagai Ketua Menteri.

Comments

Anonymous said…
Salam... Kesian Ali.. mesti tersungkur dia jatuh.. maklumlah sampai dua kali kena tolak.. Xpe ali.. nanti kamal Atartuk terkutuk tolong papahkan ko.. Wakakakaka...

(YB Hassan Rahman ADUN BN Sg.Rambai, Melaka) tel:0196265625