HIMPUNAN AMAN GESA ALI RUSTAM LETAK JAWATAN DIGANGGU POLIS

Ayer Keroh : Himpunan Aman rakyat Melaka yang menggesa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meletakkan jawatan di hadapan Masjid MITC petang tadi diganggu Polis. Kira-kira 100 anggota Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Adnan berkampung di hadapan masjid tersebut sejak jam 11.00 pagi.

Pasukan Polis lengkap dengan helikopter, FRU dan lain-lain sekali dilihat tidak berlaku adil apabila menganggu himpunan aman di kawasan masjid.

Sebaik sahaja selesai solat Jumaat kira-kira 500 - 1000 rakyat Melaka berkumpul di hadapan Masjid MITC dan berteriak supaya Ali meletakkan jawatan.

Antara slogan yang dilaungkan ialah Ali Rasuah, Turun Turun Ali Turun, Allahu Akhbar dan lain-lain.

Polis meminta peserta himpunan supaya bersurai namun ianya tidak diendahkan oleh rakyat yang jelas begitu benci dengan sikap Ketua Menteri mereka yang mengamalkan rasuah.

Ketika Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Adly Zahari berucap pihak Polis diketuai Adnan menyerbu dan meminta Adly berhenti bercakap dan bersurai. Berlaku insiden tolak menolak dan akhirnya ia berakhir apabila peserta bersama-sama berdoa dengan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Rahman.

Selepas doa dibacakan para peserta himpunan terus tidak berganjak sehinggalah majlis persidangan akhbar pimpinan Pakatan Rakyat selesai.

Beberapa orang rakyat yang ditemui jelas kesal dengan penggunaan harta dan wang rakyat seperti helikopter yang berlegar-legar memantau himpunan tersebut.
Sementara itu difahamkan memo menggesa Ali Rustam supaya meletakkan jawatan di serahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri dan Timbalan Ketua AMK Negeri di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri pada jam 2.30 petang tadi.

Comments

mafizah said…
UDAH2 LE..DAH TAK DAPAT SAMBUTAN DUK NAK KONAR KAT LAIN PLAK.....

LETAK JE LA JAWATAN...ANDA GAGAL....
Anonymous said…
PEMBOHONG LA SOFI WAHAB... MANA ADA 1000 ORANG... ADELE 30 ORANG JE... AKU NAMPAK MUKE KO NGAN SAMSUL ANUAR AKIN.... TAK RAMAI... DIA PUN CABUT AWAL....
Anonymous said…
sofi...patut le Quality slalu problem....ko slalu ponteng keje...asyik dgn politik je
Anonymous said…
salam,
saya hadir bersama pimpinan pemuda UMNO kota melaka td,mula2 igtkan nak gelakkan PR melaka sekiranya x dapt smbutan.....rupa2 nya sebalik nya yg terjadi,
saya dan kwn2 pimpinan pemuda UMNO kota melaka terjekut td dgn smbutan rakyat melaka....walaupun kehadiran mungkin x smpai 1000 org...pada saya kira berjaya lah....ini membuatkan saya dan kwn2
terdiam gak tgk,
tp x per kami dpt balas masa samsul iskandar hantar memo kat pejabat SUK,puas jugak kami maki2 kan diorg,
tp kami diminta oleh geng2 PEKIDA melaka jgn over sgt pasal ada diberitahu ada otai yg escort samsul...takut2 kena salah org nnti kecoh gak,
igtkan PEKIDA ni sokong UMNO jer...ada jugak yg sokong PR rupanye....


UJANG JULING
KETUA PEMUDA UMNO CAWANGAN JER>>>>>>>>BAHAGIAN KOTA MELAKA
Anonymous said…
Aku datang himpunan sama Sofi. Pukul 2.15 kami dah balik. Jam 2.30 Sofi dan sampai dekat UTEM untuk mulakan training Jangan tuduh sembarangan
Anonymous said…
SAH LE TU HIMPUNAN TADE SAMBUTAN....
Anonymous said…
hahaha.. keje bodoh, perhimpunan takdak sambutan. bikin malu je. Pas parti takdak maruah, selalu bikin malu bangsa.
Anonymous said…
hehe...aljunuban ko mmg kaki bejunub aje..tu pasal mata ko rabun...UMNO parti paling celaka...ko rela...ber KM kan ketua menteri paling bangang dlm malaysia...pundek lu
Anonymous said…
lebih baik drp ber MB kan org tua ganyut mcm nik najis, eh, nik ajis tu, atau nizar (khin)zir tu. eeeiiiiii... najissss.. mcm parti dia jugak. pas najis MUGHALLAZAH
Anonymous said…
sket2 rusuhan korang tadre kerja len lg.terpaksa polis jaga supaya tak berlaku yg bkn2atau perkara yang tak diingin nie.klu korang tak buat rusuhan polis tak perlu la jaga.jd duet rakyat tak sbis.korang la penyebab smua nie.tekper g kl lak elizbeth punyer kes or fairuz kat penang.himpun jgn tak himpun jumpa di kl and penag ek sofi