Selain dari rasuah dan politik wang yang menjadi 'wirid' harian pemimpin dan ahli Umno ada satu lagi yang sering menjadi 'pakaian' mereka iaitu jampi dan serapah. Memang perkara sudah sebati dengan Umno. Tidak sah kalau mereka tidak menggunakan bomoh dan dukun jika mereka menghadapi pemilihan Umno dan pilihanraya.
Salah seorang bapa saudara saya yang juga seorang guru silat merangkap moboh ada menceritakan bagaimana etiap kali pemilihan Umno ramai pemimpin Umno di peringkat pusat dan bahagian bertemu beliau memohon tangkal dan azimat untuk membolehkan mereka menang dalam pemilihan tersebut.
Nampaknya ramai pemimpin Umno memang percaya kepada khurafat dan syirik seperti ini sehingga percaya tangkal dan azimat berkuasa untuk memenangkan mereka.
Tidak hairanlah bagaimana pihak Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.
Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.
Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.
Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.
Inilah rupa sebenar Umno tidak cukup dengan dosa rasuah dan politik wang mereka memenjarakan diri mereka dalam kancah syirik dan khurafat pula.
Comments