TIDAK BERMARUAH : ALI BERDEGIL TIDAK MAHU LETAK JAWATAN

Sah Melaka sekarang ini berketuakan pemimpin yang tiada maruah dan harga diri. Ini kerana Ketua Menterinya Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berdegil tidak akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Baru.

Beliau sebaliknya menegaskan, desakan PR Melaka supaya meletakkan jawatan tersebut merupakan gimik politik semata-mata dan tidak berasas sama sekali.

Ali berkata semalam bahawa pembangkang perlu memahami hakikat bahawa beliau didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan bukan kerana mengamalkan politik wang.

Inilah 'standard' pemimpin Umno yang setiap hari melaungkan Malaysia Maju, Melaka Maju tetapi pada masa yang masih mempunyai fikiran mundur dan kolot.

Persoalannya siapakah agen-agen beliau yang dituduh mengamalkan politik wang dan memberi rasuah. Bukankah agen-agen bekerja untuk memenangkan beliau dan mustahil beliau tidak tahu tetang perkara. Bahkan agen-agen itu sudah tentu berkempen dan melaksanakan kerja-kerja tersebut atas arahan Mohd Ali sendiri.

Di mana agen-agen itu dapat duit sebegitu banyak untuk diagihkan kepada perwakilan. Ada pihak yang mendakwa Ali membelanjakan duit hingga jutaan ringgit untuk merasuah perwakilan dan agen-agennya bergerak ke serata pelusuk negara untuk menyogok perwakilan. Dakwaan inilah yang mesti disiasat oleh SPRM.

Saya juga sangsi dengan kredibiliti Jawatan Kuasa Disiplin Umno yang sepatutnya menyiasat dengan lebih terperinci dari mana agen-agen itu mendapat duit yang banyak dan siapa yang memberinya. Mustahil agen-agen itu menggunakan duit sendiri untuk menyogok perwakilan sudah tentu ada pihak yang memberikan duit tersebut kepada mereka.
Satu memorandum daripada parti pakatan pembangkang mendesak Mohd. Ali meletakkan kedua-dua jawatan itu, telah diserahkan kepada Penolong Pegawai Tadbir di pejabat Ketua Menteri Melaka, Syueeb Zahari di Seri Negeri kira-kira pukul 2.40 petang semalam

Memorandum itu ditandatangani oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri Melaka, Mohd. Hairiz Nordin dan Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Kamaruddin Sidek.
Sebelum itu kira-kira 500-1000 rakyat Melaka berkumpul di hadapan Masjid MITC, Ayer Keroh menggesa Mohd Ali meletakkan jawatan Ketua Menteri dan ADUN Bukit Baru. Antara pemimpin rakyat yang hadir ialah Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Harun Mohamed, Adly Zahari dan lain-lain.

Saya sekali lagi ingin mengulangi gesaan supaya Mohd Ali meletakkan jawatan serta merta jika beliau benar-benar mempunyai maruah dan harga diri. Tidak ada mendabik dada mengatakan Melaka Maju tetapi pemikiran dan tindakan pemimpinnya melambangkan Melaka mundur jauh terkebelakang.

Comments

Unknown said…
Dato Panglima Tun Ali dihukum bunuh.

Sejarah berulang kembali. Dalam merebut dan mengejar pangkat dan kuasa, macam-macam cara dan muslihat digunakan. Tetapi yang amat kita kesalkan bila cara yang kotor digunakan dalam perlumbaan merebut kuasa ini.
Kerana dengki dan iri dengan kuasa dan pangkat yang dianugerah Raja kepada Mamak Bendahara Tun Mutahir (Bukan Tun Mahathir), maka musuh-musuh politiknya telah merencana untuk menjatuhkan beliau.
Pesaing-pesaing yang mengidam kuasa dan pangkat Bendahara ini telah menjalankan hasutan dan tomah. Akhirnya termakanlah Raja akan hasutan mereka itu, hingga Mamak Bendara dicop sebagai penderhaka.

Mamak Bendahara Tun Mutahir telah disingkirkan dengan cara yang amat menyedihkan. Bukan setakat itu saja, Dato Panglima Tun Ali, orang yang rapat dengan Tun Mutahir pun turut disingkirkan.
Anonymous said…
Agen-agen. krono dan pengampu-pengampu Ali bolehlah bersiap-siap balik kampung usahakan tanah terbiar tu tanam jagungke,tanam pisang atau sayur..
Anonymous said…
Ape hak korang nak suruh dia letak jawatan? kalau mcm ko, tak payah nak nasihat org, nasihat pemimpin sendiri la. tu, nik aziz takkan sampai mampos nak jd mb kelantan? pk sendiri la weiii...