SAMA SAHAJA ALI RUSTAM, MAT TAIB DAN MUHYIDDIN

Bagi saya sama sahaja sesiapa pun yang menang jawatan Timbalan Presiden Umno. Ini kerana mereka masih berpegang kepada prinsip pragmatik, 'yes man', tidak berani berkata benar, sama-sama cinta kepada projek dan kekayaan serta lain-lain.
Sesiapa sahaja yang menganggotai Umno semua sama kerana 'kiblat' mereka sama iaitu projek dan habuan dunia. Susah sekali sekarang ini untuk kita mencari pemimpin Umno seumpama pemimpin tahun 50-an dan 60-an dahulu yang berjuang untuk kepentingan orang Melayu.
Pemimpin yang ada hari ini 'pantang jumpa'. Maksud saya 'pantang jumpa' projek, tanah, AP, lesen, permit dan sebagainya semuanya mereka nak 'ngap'. Kalau mereka tak 'ngap' sendiri sudah tentu kroni dan partner atau proksi mereka akan diberi peluang untuk 'ngap'.
Jadi bagi saya ketiga-tiga calon Timbalan Presiden (termasuk yang tidak layak bertanding) sama sahaja kerana masing-masing ada rekod yang orang kampung semua sudah tahu.

Comments