BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU, BATANG AI : BN SEMAKIN SESAK NAFAS

BN semakin sesak nafas. Mengapa saya katakan demikian. Di bawah ini saya nyatakan sebabnya :-

1) Rakyat sudah tahu bahawa hampir semua pemimpin Umno terlibat dengan politik wang pada pemilihan Umno bermula dari pemilihan Cawangan, Bahagian hingga ke pusat. PAS mempunyai lebih dari 1,000 bukti rasuah pemimpin Umno. Senarai lengkap aduan ahli-ahli Umno tentang salah laku mereka juga ada di tangan PAS.

2) Politik pembangunan 'mee segera' sudah tidak laku. Ini diakui sendiri oleh Bapak 'Santa Klaus'.

3) Rakyat sudah muak dan mual untuk menonton dan mendengar berita-berita di media pengampu BN. Mereka sudah beralih perhatian kepada media alternatif yang lebih telus dan bertanggungjawab

4) Rakyat sudah kenal siapa pemimpin BN yang sebenarnya. Peribadi, akhlaq dan perangai buruk mereka sudah terbongkar. Pengundi muda terutamanya sudah terdedah kepada maklumat ini. Antara isu yang menjadi perhatian mereka ialah pembunuhan Altantuya, komisen kapal selam dan sebagainya.

5) Rakyat sudah muak dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin BN yang membina empayar kekayaan sehingga ada yang mempunyai sederetan kereta mewah Rolls Royce, harta berbilion dan sebagainya

6) Rakyat tidak dapat menerima tindakan merampas kuasa secara biadap terutama rakyat di Bukit Gantang yaag sedang menunggu masa untuk menguburkan BN di Bukit Gantang

7) Rakyat semakin susah dengan krisis ekonomi, ramai yang kehilangan pekerjaan, barangan semakin mahal, kehidupan mereka semakin terhimpit

8) Rakyat sedar siapa penderhaka kepada Raja sebenarnya. Mereka sedar BN lah yang meminda perlembagaan menghadkan kuasa raja-raja melayu.
9) Rakyat sudah sedar dan kenal siapa pejuang yang berusaha mendaulatkan Bahasa Melayu dan siapa yang berusaha meminggirkan Bahasa Melayu. Lebih dahsyat pejuang Bahasa dan rakyat yang menyokongnya dizalimi dengan gas pemedih mata dan ditangkap
10) Rakyat sedar Islam semakin dihina dan dikesampingkan. Program maksiat dijulang, gejala sosial semakin menjadi-jadi jenayah semakin meningkat, keselamatan rakyat semakin terabai. Namun kerajaan BN terus memperkudakan Polis untuk berhadapan dengan rakyat dalam isu-isu politik dan seolah-olah tugas polis sudah terpesong bukan lagi untuk menjaga keselamatan rakyat tetapi lebih kepada menjaga dan memelihara kekuasaan kerajaan BN.
11) Gejala murtad terus dilupakan walaupun ianya berjalan secara terancang dan senyap. Kerajaan tidak pula menunjukkan kesungguhan untuk membenterasnya
Dan banyak lagi isu yang jelas sudah membuka mata rakyat untuk menolak BN sekali lagi .........

Comments