MELAKA MAJU 2010 : MEMALUKAN, KANAK-KANAK SEKOLAH PUN MEREKA HENDAK TIPU!!

Seorang rakan facebook Ketua Menteri Melaka yang menamakan dirinya Veeramani Kathamuthu mencoretkan catatan pada FB Ali Rustam bahawa sudah lebih sebulan berlalu setelah Melaka disytiharkan sebagai Negeri Maju, tetapi elaun untuk kanak-kanak sekolah yang membuat persembahan pada malam 20.10.10 belum diberi lagi. Selama 8 hari mereka menjalani latihan sehingga tamat persembahan pada malam tersebut....

Itu keluhan saudara Veeramani, kasihan kanak-kanak sekolah tersebut. Takkanlah kanak-kanak pun mereka hendak tipu. Cukuplah mereka menipu rakyat yang dewasa, kanak-kanak pun hendak ditipu.

Saya mengharapkan pihak yang berjanji menunaikan segera segala janji mereka.

Comments

ANAFAKIR said…
Sudah lama rakyat tertipu dan ditipu oleh pemimpin musang berbulu ayam.Namun rakyat masih juga membiarkan diri mereka diperbodohkan.Setiap kali PRU,rakyat diberi pilihan untuk menukar kerajaan namun tahap ketaksuban rakyat begitu kebal.Ikutlah rakyat Kelantan,mereka tidak segan silu menukar kerajaan.Bila yang dipilih tidak buat kerja dan tidak menunaikan amanah,mereka akan tukar kepada kerajaan lain pula.Jika semua rakyat Malaysia mengambil sikap sedemikian pasti mana-mana pemimpin dan kerajaan yang memerintah akan berkhidmat sebaik mungkin untuk rakyat.Pasti pemimpin yang menipu,rasuah, merampas harta rakyat secara haram tidak akan bertahan lama.Ayuhhh..rakyat Melaka hatta rakyat negeri mana sekalipun, PRU13 makin mendekat,cubalah beralih kepada kerajaan baru.Cuba satu penggal,jika sama juga tukar lagi kerajaan tersebut.Kita ada hak untuk menukar kerajaan setiap 3-5 tahun,gunakanlah hak tersebut sebaik mungkin.Harap2 selepas ini Melaka bakal bertukar kerajaan selepas PRU13 nanti.