90 peratus PENGUNDI CINA JOHOR SOKONG PR, BN TUMBANG?


Menurut kajian yang dibuat oleh Zentrum Future Studies, kira-kira 90 % pengundi Cina di Johor menyokong Pakatan Rakyat sekarang. Sokongan mungkin disebabkan oleh keyakinan pengundi Cina terhadap gabungan PR Johor yang membuktikan mereka bersedia mengambilalih pentabiran kerajaan Johor dari BN.
3 pimpinan utama PR Johor iaitu Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Datuk Chua Jui Meng dan Dr Boo Cheng Yau diyakini lebih baik dari kepimpinan BN Johor sekarang.
Gelombang kebangkitan telah menawan sebahagian Semenanjung Malaysia pada pilihan raya umum 2008, yang mana Pakatan Rakyat gagal memecahkan benteng kuat Umno dengan memenangi satu kerusi Parlimen (dari 26 kerusi) dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 56 kerusi yang ditawarkan.
Tetapi Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Profesor Abu Hassan Hasbullah, yang menjalankan kajian politik di Johor memberitahu kaji selidik pada hujung tahun lalu menunjukkan pengundi Cina-Johor kemungkinan akan memecahkan tradisi dengan menyokong Pakatan Rakyat.
Pemimpin pembangkang menganggarkan mereka memenangi 55 peratus pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu tetapi Abu Hassan berkata sokongan daripada kaum itu telah meningkat hampir 90 peratus sekarang malah pada satu ketika telah mencecah 92%.
“Kami lihat tentang apa yang boleh digelar revolusi senyap Tionghua,” katanya kepada The Malaysian Insider menambah sokongan pengundi Cina di Johor meningkat kepada 68 peratus selepas pilihan raya umum 2008 dan terus meningkat kepada 79 peratus pada 2010.
Menurut Abu Hassan, sokongan orang Melayu terhadap pembangkang tidak berubah sejak pilihan raya umum 2008 dan ia kekal di antara 25 hingga 30 peratus, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi negeri.
PKR telah mengadakan kongres nasional di Johor pada akhir November, mendakwa  bersedia mengambil alih pentadbiran negeri.
Penganalisis berkata perubahan aliran sokongan di kubu kuat BN secara praktikal bermaksud Pakatan Rakyat hanya memerlukan 30 Ahli Parlimen untuk menawan Putrajaya.
Bagaimanapun rakan gabungan telah memberi amaran bahawa peluang di Johor akan mengakibatkan serangan-serangan Umno yang menuduh “kerajaan Cina”.
“Ia jelas bahawa jika kita menang ia datangnya dari sokongan pengundi Cina. Selepas tuduhan-tuduhan di Pulau Pinang dan Perak, mudah bagi Umno menyerang kita dengan bertanyakan siapa akan menjadi MB,” kata Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) Sungai Abong dari PAS, Dr Sheikh Ibrahim Salleh.
Pengerusi DAP Johor  Dr Boo Cheng Hau juga bersetuju dengan ahli jawatankuasa PAS negeri bahawa yang lebih penting adalah menumpukan perhatian untuk menambah sokongan pengundi.
“Kita perlu pastikan tidak terjatuh ke dalam perangkap dan mengelak soalan tentang MB dan pembentukan kerajaan negeri. Strategi kita adalah untuk tidak mengejutkan pengundi tetapi memberitahu mereka kita perlu menafikan dua pertiga BN,” kata Adun Skudai menambah Pakatan Rakyat berada di kedudukan terbaik untuk menambah tujuh ahli Parlimen dari negeri itu.
“Kemudian jika kita membentuk kerajaan, kita akan pastikan orang Melayu MB dan rakyat akan terima keputusan pilihan raya.”
PKR pula menolak untuk menjawab soalamn tentang calon MB tetapi ketua cabang memberitahu The Malaysian Insider “kita tiada sesiapa sejak Abdul Razak Ahmad”, merujuk kepada bekas pengerusi negeri itu yang meninggal dunia pada 2007.
The Malaysian Insider difahamkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang merupakan anak kelahiran Pontian terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Kubang Kerian dan kembali bertanding di Johor.
Sembrong, kerusi Parlimen mempunyai kira-kira 40 peratus pengundi Cina berdekatan Kluang, dikatakan menjadi pilihan terbaik meletakkan Salahuddin bertanding.
Khabar angin yang tersebar mengatakan Menteri Dalam Negeri  Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan bertanding di Kota Tinggi, kerusi yang dilihat selamat yang mungkin akan dikosongkan Tan Sri Syed Hamid Albar yang telah digugurkan dari Kabinet oleh Datuk Seri Najib Razak apabila mengambil alih kuasa pentadbiran pada 2009.
Keadaan ini membuktikan betapa cemasnya pimpinan Umno/BN Johor. Malah Menteri Besar Ghani Othman dilihat begitu rajin turun padang sejak Oktober tahun lalu.
Moga orang Melayu Johor turut sama mengikut jejak rakan-rakan dari kaum Cina yang pasti akan mengajar BN pada PRU 13 nanti.

Comments