TAK TAKUT ALLAH : Duit ZAKAT PUN SONGLAP?

Duit zakat digunakan untuk bayar kos guaman

PKR mengukuhkan lagi dakwaan bahawa Jamil Khir menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman berkaitan Qazaf  yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Malaysiakini melaporkan bahawa Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau akan membuat laporan polis esok berhubung dakwaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menggunakan wang zakat untuk membayar kos guaman.

Nik Nazmi yang juga pengarah komunikasi PKR berkata laporan itu dibuat memandangkan menteri berkaitan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebelum ini sekadar mengelak dan menafikan dakwaan berkenaan.

"Dia kena jawab berdasarkan bukti dokumen ini," katanya yang turut mendedahkan bil tuntutan bayaran daripada firma guaman tersebut, Zainul Rijal Talha & Amir, serta baucar bayaran daripada MAIWP.

"Baucer tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat," kata Nik Nazmi lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Tambahnya, Jamil Khir sebelum ini sekadar menyebut bahawa bayaran kepada peguam tersebut, sebagai kos untuk menghadapi kes qazaf yang difailkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibuat menggunakan peruntukan kerajaan.

Butiran mengenai dakwaan itu mula diketahui melalui satu surat ketua audit negara, Datuk Ambrin Buang kepada pengerusi jawatankuasa kira-kira wang negara, Datuk Seri Azmi Khalid pada November lalu.

Surat berkenaan mengesahkan bahawa bayaran berjumlah RM63,650 kepada firma berkenaan, pada Februari dan April tahun lalu, dibuat mengggunakan sumber zakat terlebih dahulu.

Bayaran itu juga  dan kemudiannya diganti menggunakan geran kerajaan setelah MAIWP menerima geran berjumlah RM700,000, enam bulan kemudiannya, menurut surat berkenaan.
Dakwaan berkenaan disahkan melalui dokumen yang didedahkan hari ini, kata Nik Nazmi lagi.
"Betul wang itu dibayar balik, tapi dibayar balik enam bulan kemudian dan dimasukkan ke akaun majlis agama. Sebab itu kita mahu jawapan jelas.

"Jamil Khir langsung tidak sebut 'ia telah dibayar bulan Februari dan April menggunakan wang zakat.' Kalau awal-awal dia mengaku perkara ini berlaku, ia tersilap atau apa, itu OK.

"Ini, dia nafikan, daripada awal hingga hari ini sama ada dia tidak menjawab ataupun menafikannya. Dia tidak menyatakan sesuatu yang benar. Jadi, itu boleh dikatakan menipu rakyat," tambahnya

Selain Jamil Khir, kes qazaf itu turut melibatkan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali, ketua pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsudin Hussain.

Kes tuntutan qazaf itu melibatkan tindakan ke atas pengadu dalam kes Liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin lalu melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan itu selepas pendengaran selama 87 hari sejak tahun 2008.

Duit zakat diguna buat bangunan di Melaka

Wang zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam di Melaka. Sejumlah kira-kira RM13 juta digunakan untuk tujuan tersebut. Hukum mana yang kerajaan BN Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka gunakan sehingga wang zakat boleh digunakan untuk membina bangunan. Asnaf ke berapa ini?

Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima tetapi disebutkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara. 


Mengikut fakta kes :

1) MAIM memberikan kepercayaan syarikat Regal Merger Sdn Bhd membina bangunan MAIM bernilai kira-kira RM13 juta. Sebagai balasannya MAIM akan mengurniakan sebidang tanah untuk Regal Merger Sdn Bhd selepas bangunan itu siap

2) Regal Merger gagal membina bangunan tersebut tetapi sebidang tanah yang dijanjikan dalam kontrak tetap diberikan kepada Regal Merger Sdn Bhd. 

3) Regal Merger gagal memenuhi perjanjian/kontrak tetapi tetap diberikan tanah. Regal Merger Sdn Bhd langsung tidak diambil tindakan

4) Regal Merger yang mendapat tanah secara percuma itu,  menjualnya kepada pihak ketiga.

5) Wang Zakat diambil sebanyak kira-kira RM13 juta untuk membina bangunan MAIM yang gagal dibina oleh Regal Merger Sdn Bhd

Persoalannya BOLEHKAH WANG ZAKAT diambil untuk MEMBINA BANGUNAN dan bayar KOS GUAMAN Jamil Khir.

KALAU DUIT ZAKAT PUN PUAK-PUAK INI SONGLAP MAKA APATAH LAGI DUIT LAIN..........FIKIRKAN!!!!!!!


Comments