PAS-UMNO BENTUK KERAJAAN, MUNGKIN JADI KENYATAAN

Apakah PAS akan terus mempertahankan janji dan bai'ahnya terus istiqamah bersama PKR dan DAP membentuk PR. Sedangkan Umno begitu teringin untuk 'berkahwin' dengan PAS. Parti Islam ini ibarat janda berhias yang cantik dan anggun.

Namun yang pasti PAS adalah parti yang sangat teguh berpegang kepada janji. Jangan bimbang bila bersahabat dengan PAS. Parti itu tidak pernah memungkiri perjanjian sebelum ini. Hanya sahabat-sahabat PAS sahaja yang tidak tahan akhirnya melanggar perjanjian yang menyebabkan tahaluf itu berkuburnya contohnya Angkatan Perpaduan Ummah.



Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa di sebalik isu pemecatan Datuk Dr Hasan Ali awal minggu ini,  DAP mahu Pas terus kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), sekali gus membentuk kerajaan pusat.

Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, Pas harus meneruskan gandingan DAP dan PKR, bukannya bersatu dengan Umno.

Pas sebelum ini berulang kali menegaskan akan bersama PR meskipun Umno terus mengajaknya menjalin kerjasama politik.

Pada awal selepas PRU 2008 timbul spekulasi bahawa Pas dan Umno akan membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun dalam muktamar tahunan 2008, 2009 dan 2010, Pas menegaskan tidak akan menerima pelawaan Umno, sebaliknya akan terus kekal bersama PR.

Hasan, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, didakwa antara pemimpin Pas yang pernah bertemu dengan pemimpin Umno, dipecat atas sebab membelakangkang pimpinan dan bertindak merugikan parti.

"Buat kerajaan pusat bersama dengan DAP dan PKR bukannya dengan Umno, negara perlu diselamatkan dari kerakusan Barisan Nasional (BN)," katanya dalam ucapan pembukaan Konvensyen PR Ketiga di sini, hari ini.

Comments