SOKONG PENUH KEPUTUSAN MESYUARAT PIMPINAN TERTINGGI SEMALAM - Ref Malaysiakini

Saya menyokong keputusan mesyuarat tertinggi pimpinan PAS Rabu lepas yang menegaskan bahawa tidak ada muzakarah yang diadakan di antara PAS-Umno tetapi hanya muqabalah atau pertemuan antara kedua-dua pimpinan pari sahaja.

Saya juga menyokong sepenuhnya saf kepemimpinan atasan PAS yang menegaskan bahawa "tidak pernah berbangkit parti itu hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno", malah bersedia kekal dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Datuk Prof. Dr Harun Din yang sepakat menyatakan PAS tetap komited dengan kerjasamanya bersama PKR dan DAP adalah suatu keputusan yang diterima baik oleh semua pimpinan parti pelbagai peringkat dan ahli-ahli parti serta penyokong-penyokong PAS.

Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat bukan usaha untuk membawa masuk PAS kedalam Barisan Nasioanal atau menggabungkan PAS dengan Umno.

Saya kesal dengan laporan media sebelum ini yang menyebut usaha PAS mendekati Umno termasuklah rundingan yang diadakan sebelum ini, di mana ada pihak yang cuba memutarbelitkan isu ini untuk kepentingan politik mereka.

Keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi semalam boleh meredakan kebimbangan penyokong dan ahli PAS yang tidak mahu PAS dipermainkan sebagaimana pengalaman pahit PAS ditendang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1977.

Memang terdapat penyokong PAS yang marah dan kecewa apabila membaca laporan media seolah-olah PAS bermuzakarah dengan Umno dan topik muzakarah pula tidak dihebahkan dengan sepenuhnya oleh media. Ini menjadikan ahli lebih ragu dengan isu tersebut. Malah terdapat juga pimpinan parti-parti Pakatan Rakyat yang tidak senang dengan perkembangan isu muzakarah ini.

Adalah diharapkan ahli, penyokong, simpatisan PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat tidak bimbang lagi selepas ini kerana semuanya telah dijelaskan oleh Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden.

Ketegasan dan penjelasan Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden PAS selepas mesyuarat mereka Rabu lepas sudah cukup untuk menjawab segala kekeliruan dan tohmahan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin melihat PAS dan Pakatan Rakyat berpecah.
Syabas pemimpin PAS yang bertindak pantas menyelesaikan masalah ini. Diharapkan selepas ini isu muzakarah PAS-Umno tidak akan dibangkitkan lagi.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Comments

yog7948 said…
dear sir, i was quit concerned about all this Pas-Umno commotion at first. but relieved after reading a Post by Sir Tulang besi.. If you guiys can conquer the truth in his post then most of the doubt can be cleared.

http://www.malaysiawaves.com/2008/07/muzakarah-another-perspective.html
Sang Rajuna said…
Perubahan istilah dari muzakarah kepada muqabalah tidak menafikan hakikat bahawa PAS pernah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan UMNO. Persoalannya ialah mengapa pertemuan itu diadakan dan untuk apa pertemuan itu diadakan? Jika PAS tidak boleh memberi penjelasan tentang perkara ini, memang ada alasan parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk mencurigai 'niat' PAS mengadakan pertemuan dengan UMNO.
Unknown said…
weeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

i can vote for pas again for the next election!!!

wira PAS memansuhkan si jahat UMNO, jom!

demi islam... :D
Unknown said…
Allahu Akbar!

Inilah cara Islam bermuaafakat, suruh Umph Nooo! tu lihat bagamana PAS buat keputusan secara koleftif.