MUZAKARAH : BERHENTI ATAU TERUSKAN - ref Malaysiakini

Keputusan samada muzakarah akan dihenti atau diteruskan akan diketahui selepas Majlis Syura Ulama' badan tertinggi di dalam PAS yang memutuskan sesuatu perkara berkaitan dasar dan halatuju PAS, bermesyuarat hari ini.
Kemelut ini yang bermula sebaik sahaja kemenangan besar Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum lalu akan memasuki era baru secara rasminya dengan apa juga keputusan yang akan dibuat oleh Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mesyuarat ini akan berlangsung di Kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan iaitu JKR 10 di Kota Baharu.
Terdapat dua pendapat utama iaitu meneruskan muzakarah dan satu lagi hentikan muzakarah. Tuan Guru sendiri lebih cenderung untuk PAS menghentikan sebarang perbincangan dengan Umno, manakala di pihak satu lagi seolah-olah mahukan ianya diteruskan. Umno sendiri kelihatan beriya-iya hendak meneruskannya kerana Umno faham bahawa kesesdiaan PAS untuk mengadakan muzakarah di saat ini amat menguntungkan mereka, kerana media telah memainkan isu bahawa Umno lah yang mahukan muzakarah dan Umno lah juara perpaduan demi untuk kepentingan Islam dan Melayu.
Walau apa pun kita tunggu apa keputusan Majlis Syura. Yang pasti ahli PAS tetap memberikan sepenuh kepercayaan kepada Majlis Syura dan pimpinan tertinggi untuk membuat keputusan terbaik.
Blog Siasahdaily semalam melaporkan bahawa isu hubungan antara PAS dengan Umno dijangka akan selesai besok apabila Majlis Syura Ulamak, badan tertinggi dalam PAS bermesyuarat hari ini, 23 Julai di Kota Bharu.
Siasahdaily juga melaporkan bahawa fokus mesyuarat ini dijangka satu sahaja iaitu isu muzakarah antara PAS dengan Umno yang sudah ditafsirkan sebagai usaha perlahan-lahan PAS untuk berbaik-baik dengan Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat.
Ia sudah menjadi sebegitu ekoran pendedahan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dia sudah tiga kali bertemu dengan para pemimpin PAS yang boleh ‘membuat keputusan’.
Mursyidul Am PAS (Pengerusi Majlis Syura), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan mempengerusikan mesyuarat yang akan diadakan petang esok di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan itu.Ia juga bakal disertai oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din dan juga anggota Majlis Syura yang lain.Antara anggotanya adalah Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Comments

Mandate from Heaven this Nation Await.

Lightnings & rains manifested .

PAS should keep its promises & trusts given to the 'multiracial concept' on 8-3-2008, a welfare state, equal for all Malaysians.

Without trusts, PAS will withers and fade away in time.

Syabas Barisan Rakyat.
Nizam Gtz said…
Bermuzakarah (ingat-mengingati) sahaja... bukan suruh bergabung... Atau, bayangan kekuatan ummah menakutkan ahli DAP atau PKR bukan melayu? Atau topeng pejuang2 dalam MK seperti RPK akan tersingkap, seterusnya menjahanamkan kareer mereka yang dibiayaia terus dari NED?

Fikir-fikirlah saudara... fiirlah dengan kewarasan fikiran... Saya sendiri tidak faham saudara yang lebih suka merujuk Mk berbandding Harakah sendiri... saudara Ketua Penerangan PAS atau Ketua Penerangan PKR?

Muzakarah sebegini...
siapa yang untung, siapa yang rugi?
Agama apa yang untung, agama apa yang rugi?
Tanah siapa yang untung, tanah siapa yang rugi?

Atau, saudara sendiri mementingkan perjuangan peribadi berbanding perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair??
Unknown said…
There is a BIG VERY BIG difference if Pakatan and DSAI comes to power vs the current BeeEnd power structure and you should highlight it in your blog.

If DSAI ever comes to power, people should not worry, because DAP and PAS comes to power also as EQUAL partners. Lim Kit Siang and Tok Guru will not just let DSAI do as he wants.

This will truly be a check and balance govt. Likewise , PAS cant do as they want without angering DAP and also DAP cant do as they want without angering PAS. Because if any of the 3 walks out of Pakatan, Pakatan Rakyat will fall as the Govt. So , all 3 parties work together!...No one single party can call the shots, ie PAS cant simply 'impose' the Islamic state concept without DAP agreeing............DAP cant simply take away the constituionally protected 'special rights' without PAS agreeing.....and finally DSAI cant do as and what he pleases without Lim Kit Siang and Hadi Awang in concurrence....becoz with Pakatan Rakyat, any of the 3 walking away, they will fall!...............that is REAL check and balance and a true coalition



That is the difference vs DSAI 10 years ago when he was in BeeEnd.

now compare above with the situation In BeeEnd,................ everybody knows Badawi and Najis can do as they want. UMNO rules BeeEnd as Superme King. All the rest, MCA, MIC, Gerakan etc etc etc are just running dogs and prostitutes for their masters in UMNO! That is why you have corruption galore!..u call whats happening now in BeeEnd a coalition of partners????


That is the real difference between a Pakatan Rakyat Federal Govt and the current corrupt govt we have.
Nizam Gtz said…
U see? The comment above just wanna PAS compromize with DAP and PKR...

Just like to check and balance... So, islamic state only a dream for PAS except muslim has enough power to rule the country....

Think about it....