Kegagalan kerajaan dan agensi-agensi yang bertanggungjawab membenteras penularan perniagaan VCD lucah semakin membimbangkan kita semua. Gejala ketagihan menonton VCD lucah ini bukan sahaja berlaku kepada orang dewasa malah sekarang kanak-kanak berusia 10-12 tahun juga terlibat sama ketagih menonton VCD tersebut.
Lebih memeranjatkan terdapat kanak-kanak yang berusia seawal 10 tahun yang menonton VCD lucah tersebut meniru perlakuan pelakon VCD lucah, melakukan perkara jijik yang sama.
Paling menjijikkan ada antara kanak-kanak yang berumur 10 dan 12 tahun ini berzina dan merogol akibat terangsang setelah menonton VCD tersebut di rumah ibubapa mereka sendiri. Masya Allah!!!!!!!!!!!!
Siapa yang bersalah ?
Ibu dan Bapa?
Masyarakat?
Peniaga VCD lucah?
Kerajaan?
Agensi-agensi penguatkuasa?
Sekolah?
atau Siapa?
Bagi saya semua yang nyatakan di atas bertanggungjawab. Masing-masing mempunyai peranan untuk mengatasi masalah ini.
Kerajaan sepatutnya mengkaji semula undang-undang tentang VCD haram dan lucah agar hukum yang dapat menyedarkan pesalah ini dapat dikuatkuasakan. Undang-undang Islam mesti digubal dan dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah yang kronik ini.
Agensi-agensi penguatkuasa mesti menjalankan kerja dengan telus, dedikasi dan jujur. Jangan ada peniaga-peniaga atau pengedar-pengedar terlepas dari hukuman akibat rasuah dan sebagainya. Basmikan aktiviti ini sehingga ke peringkat akar umbi.
Ibubapa mesti memastikan VCD-VCD lucah, filem-filem porno, Web-web porno ditonton dan dibawa ke dalam rumah masing-masing. Awasi anak-anak ke mana mereka pergi, dengan siapa mereka berkawan dan apa yang mereka buat ketika di rumah dan luar rumah.
Begitu juga pihak sekolah, masyarakat dan lain-lain mesti memainkan peranan untuk mencegah dan seterusnya membasmi gejala negatif ini.
Cerita yang disiarkan di dalam media hari ini yang saya 'copy' kan di bawah ini amat menggerunkan dan merisaukan kita semua.
Main zina-zina
KUALA LUMPUR: Jika selama ini main ‘masak-masak atau main kahwin-kahwin’ begitu sinonim dengan kanak-kanak, namun pengakuan tiga murid sekolah rendah yang terjebak dalam permainan ‘main rogol-rogol’ sangat menggemparkan.‘Permainan’ yang bertitik tolak daripada ketagihan menonton VCD lucah itu mendorong kanak-kanak bawah umur terbabit ghairah mencuba melakukan hubungan seks walaupun sesama saudara terdekat.
Lebih memeranjatkan apabila murid sekolah rendah seawal usia 10 tahun itu tergamak menjadikan adik perempuan serta kakak dan adik saudara sebagai bahan eksperimen melakukan perbuatan terlarang terbabit.Perkara itu didedahkan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ahmadi Baharudin, yang memberikan kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang dihantar untuk pemulihan akhlak dan akidah di sebuah pusat dakwah di Banting, Selangor, baru-baru ini.
Dalam temu bual pada sesi kaunseling itu, katanya, tiga murid lelaki, masing-masing berusia 11 tahun dan seorang berumur 10 tahun, membuat pengakuan jujur mengenai keterlanjuran mereka melakukan zina akibat terangsang selepas menonton VCD lucah.
Katanya, seorang daripada murid terbabit yang dikenali sebagai Amir, 11, mendakwa gagal mengawal nafsu sebelum mencabul kehormatan adik kandung sendiri berusia enam tahun.“Amir yang berasal dari pinggir ibu kota mendakwa kerap menonton VCD lucah yang akhirnya mendorong dia menjadikan adik kandung sendiri sebagai mangsa pemuas nafsu.“Saya diberitahu ketika kejadian, Amir menonton VCD lucah bersama rakan di rumah ketika ibu dan bapa keluar bekerja,” katanya.Akibat tidak dapat mengawal gelojak nafsu, Amir menarik adiknya masuk ke bilik sebaik rakan beredar.“Adiknya yang berusia enam tahun tidak mampu berbuat apa-apa berikutan si abang lebih ‘pandai’ akibat terpengaruh dengan perbuatan dalam VCD lucah.
Malah, dia memberitahu, perbuatan terbabit sekadar ‘main rogol-rogol’ saja,” katanya.Beliau berkata, perbuatan tidak bermoral kanak-kanak terbabit hanya diketahui ibu bapanya selepas adik perempuan mengadu mengenai perlakuan jijik si abang.“Amir memberitahu dia dipukul teruk dan tidak dibenar keluar rumah serta bergaul dengan rakan hingga dihantar ke pusat itu untuk mendapat bimbingan,” katanya.
Ahmadi berkata, Amir mendakwa mudah mendapatkan VCD lucah daripada rakan selain membelinya di pasar malam berhampiran dengan menggunakan wang saku pemberian ibu bapa.Seorang murid yang dikenali sebagai Ashraf, 10, pula mengaku melakukan perbuatan ‘main rogol-rogol’ itu bersama kakak saudaranya yang berusia 12 tahun dan puncanya juga sama iaitu pengaruh VCD lucah.“Ashraf memberitahu, ketika kejadian dia dan kakak saudaranya menonton VCD lucah bersama selama dua jam sebelum kanak-kanak perempuan itu mengajaknya ke bilik,” katanya.
Selepas itu, katanya, mereka melakukan aksi sama seperti dalam VCD berkenaan selama lima minit sebelum dilihat bapa tiri Ashraf yang pulang ke rumah.Seorang lagi murid berusia 11 tahun dikenali sebagai Kamal terjebak dengan aktiviti ‘main rogol-rogol’ bersama adik saudaranya.
Kanak-kanak berkenaan yang tinggal di ibu negara mendakwa terpengaruh melakukan seks selepas menonton VCD lucah yang dipinjam daripada rakan.Pengakuan jujur ketiga-tiga murid terbabit yang dirakamkan menggunakan perakam video dianggap gejala sosial memeranjatkan berikutan membabitkan kanak-kanak belum baligh.
Comments