SOKONG PENDIRIAN PAS KAWASAN TEMERLOH - Ref Malaysiakini

Saya menyokong penuh pendirian PAS Kawasan Temerloh seperti surat bertarikh 23 Julai 2008 yang dihantar oleh PAS Kawasan Temerloh kepada Setiausaha Agong PAS Pusat, Dato' Kamaruddin Jaafar.

Surat tersebut yang ditandatangani oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Temerloh, Ustaz Haji Abdul Rahim Abdul Latif antara lain menggariskan bahawa :-

1) Merakamkan kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan parti yang diwakili oleh Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat dan Presiden, YB Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang;

2) Mempersetujui dan bersikap berlapang dada terhadap apa-apa bentuk komunikasi, perbincangan, muzakarah/muqabalah dan lain-lain dengan mana-mana pihak di luar parti, sama ada parti-parti politik atau lain-lain pertubuhan atau individu, untuk tujuan dakwah atau kebajikan yang spesifik dan praktis serta dipersetujui bersama oleh kepimpinan parti;

3) Membantah dan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk perundingan, tawar-menawar atau kerjasama atau apa-apa tindakan atau usaha yang menjurus atau dilihat menjurus kepada apa-apa bentuk pakatan politik atau perkongsian kuasa dengan UMNO/BN atas apa-apa sebab atau alasan sekali pun.

4) Menegaskan komitmen kepada persefahaman dan persepakatan sedia wujud dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam kerangka Pakatan Rakyat (PR) sebagai wadah perjuangan dan perubahan politik yang sah dan dipersetujui bersama untuk negara Malaysia yang bermoral, demokratik, adil, saksama, berkebajikan, bertanggungjawab, telus dan bebas.

5) Merakamkan rasa sedih dan bimbang atas perkembangan dan insiden-insiden yang mempelihatkan berlakunya perbezaan dan percanggahan pendapat di antara kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan berterusan sehingga mencetuskan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan ahli dan penyokong parti, sekali gus membuka ruang kepada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air keruh dengan menyemai benih keraguan dan perpecahan di kalangan sesama kita dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta rakyat umumnya.

6) Meminta pimpinan parti bersikap lebih berhati-hati dan tawadhu’ dalam mengeluarkan kenyataan dan pendapat bagi menghindari perkara-perkara dalam perenggan lima (5) di atas, dan jika perlu menyelaraskan semua kenyataan dan pendapat tersebut terlebih dahulu sebelum dikeluarkan oleh seorang jurucakap rasmi parti, terutamanya dalam hal-hal seumpama ini yang berpotensi menimbulkan konflik dan fitnah yang merugikan.

-----------------------------------------------------------

Surat PAS Kawasan Temerloh di siarkan di bawah ini :-


Assalamualaikum, wr, wb. 23hb Julai, 2008


YB Dato’ Kamaruddin Jaffar,
Setiausaha Agung PAS,
Pejabat Agung PAS,
Jalan Raja Laut,
Kuala Lumpur.

YB Dato’,

‘Muzakarah/Muqabalah’ PAS-UMNO

Perkara tajuk adalah dengan hormatnya dirujuk.

Mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Temerloh yang bersidang pada Rabu, 23hb Julai 2008, dengan ini mengambil ketetapan-ketetapan berikut berhubung perkara tajuk dan perkembangan-perkembangan yang berlaku ekorannya:

Merakamkan kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan parti yang diwakili oleh Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat dan Presiden, YB Tuan Guru Dato’ Seri Abd Hadi Awang;

Mempersetujui dan bersikap berlapang dada terhadap apa-apa bentuk komunikasi, perbincangan, muzakarah/muqabalah dan lain-lain dengan mana-mana pihak di luar parti, sama ada parti-parti politik atau lain-lain pertubuhan atau individu, untuk tujuan dakwah atau kebajikan yang spesifik dan praktis serta dipersetujui bersama oleh kepimpinan parti;

Membantah dan menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk perundingan, tawar-menawar atau kerjasama atau apa-apa tindakan atau usaha yang menjurus atau dilihat menjurus kepada apa-apa bentuk pakatan politik atau perkongsian kuasa dengan UMNO/BN atas apa-apa sebab atau alasan sekali pun.

Menegaskan komitmen kepada persefahaman dan persepakatan sedia wujud dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) dalam kerangka Pakatan Rakyat (PR) sebagai wadah perjuangan dan perubahan politik yang sah dan dipersetujui bersama untuk negara Malaysia yang bermoral, demokratik, adil, saksama, berkebajikan, bertanggungjawab, telus dan bebas.

Merakamkan rasa sedih dan bimbang atas perkembangan dan insiden-insiden yang mempelihatkan berlakunya perbezaan dan percanggahan pendapat di antara kepimpinan tertinggi parti secara terbuka dan berterusan sehingga mencetuskan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan ahli dan penyokong parti, sekali gus membuka ruang kepada pihak-pihak yang berkepentingan menangguk di air keruh dengan menyemai benih keraguan dan perpecahan di kalangan sesama kita dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta rakyat umumnya.

Meminta pimpinan parti bersikap lebih berhati-hati dan tawadhu’ dalam mengeluarkan kenyataan dan pendapat bagi menghindari perkara-perkara dalam perenggan lima (5) di atas, dan jika perlu menyelaraskan semua kenyataan dan pendapat tersebut terlebih dahulu sebelum dikeluarkan oleh seorang jurucakap rasmi parti, terutamanya dalam hal-hal seumpama ini yang berpotensi menimbulkan konflik dan fitnah yang merugikan.


Sekian. Terima kasih.


Yang benar,

Hj Abd Rahim Abd Latiff
Yang Dipertua
PAS Kawasan Temerloh
Sesi 2007-2009

s.k.
1. Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Pahang.
2. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
3. Setiausaha Dewan Ulamak, Pemuda dan Muslimat PAS Pusat.
4. Media.

Comments