APA STATUS KAPAL LAYAR MEWAH? BERAPA YANG KERAJAAN NEGERI BELANJAKAN? Ref Malaysiakini

Sempena dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Bandar warisan dan berstatus Bandar Sejarah selat Melaka, Kerajaan Negeri memperkenalkan kemudahan percutian yang baru iaitu percutian diatas kapal layar mewah.

Menurut Ketua Menteri projek ini adalah satu lagi usaha untuk merancakkan lagi industri pelancongan negeri Melaka.

Kapal layar mewah ini dimiliki syarikat Halim Mazmin Bhd., iaitu antara firma perkapalan gergasi tempatan dan berpengkalan di Langkawi, Kedah itu dinamakan SY Lili Marleen

Antara pakej kemudahan yang disediakan ialah perjalanan melayari kawasan laut Selat Melaka selama beberapa jam termasuk singgah di Pulau Besar sambil menjamu selera di atas kapal SY Lili Marleen yang bertaraf lima bintang ini.

Selain itu kapal layar berusia 15 tahun itu memiliki 50 bilik, ruang dewan makan yang luas, bilik rehat dan bilik bacaan yang mempunyai pelbagai tajuk negara asing.

Sebagai permulaan, pakej harga promosi ditawarkan kepada mereka yang berminat ialah RM250 seorang dan antara pakej yang disediakan melayari perairan Selat Melaka selama lima jam termasuk kemudahan menjamu hidangan makan malam di atas kapal mewah tersebut.

Harga pakej yang ditawarkan juga munasabah kerana jika ingin dibandingkan dengan harga makan malam di hotel mewah juga sekitar RM200 hingga RM300.

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah seperti dibawah :-

i) Apakah status kapal mewah, adakah ia disewa oleh kerajaan negeri? Kalau disewa berapa bayarannya sebulan atau setahun?
ii) Apakah kapal mewah ini menghidangkan arak dan program maksiat lain sperti judi dan sebagainya?
iii) Sudahkah kajian di buat tentang potensi produk pelancongan?

iv) Apakah manfaat kepada rakyat Melaka keseluruhannya?

Comments