BERLUMBA-LUMBA LAKSANA KEBAJIKAN

Sahabat-sahabat sekelian mari kita renungi akan firman Allah S.W.T Dan bertolong-menolong kamu dalam melaksanakan perkara-perkara taqwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam melaksanakan kejahatan.
Saya sentiasa 'husnul zon' kepada sahabat-sahabat yang ingin bertanding untuk memikul amanah kepimpinan dalam perjuangan menegakkan Islam ini. Bagi saya tidak salahnya sahabat memaklumkan yang mereka bersedia untuk memikul amanah besar tersebut asalkan mereka yakin diri mereka mampu untuk memikul amanah besar itu.
Saya yakin semua ahli PAS faham bahawa setiap kepimpinan akan ditanya oleh Allah akan amanah yang dipikul. Amanah kepimpinannya bukannya suatu perkara yang boleh dijadikan kebanggaan dan mencari kemuliaan. Sebaliknya ia penuh dengan tanggungjawab dan kewajipan terhadap jemaah dan ahli yang dipimpin. Dalam konteks perjuangan PAS kita bukan sahaja memikul amanah untuk menggerak jemaah kita bahkan tanggungjawab kita jauh lebih besar iaitu membebaskan manusia dari belenggu jahiliyah kepada kemerdekaan iaitu memperhambakan diri kepada Allah.
Oleh itu saya mengharapkan sahabat semua jangan risau dengan senario yang sedang berlaku pada musim pemilihan ini kerana saya yakin PAS tidak sama dengan Umno yang sentiasa berpecah belah dan melanggar hukum Allah dan undang-undang ciptaan mereka sendiri bila tiba musim pemilihan. Ini semua tidak lain tidak bukan ahli dan pimpinan Umno menjadikan pangkat dan kuasa sebagai matlamat hidup mereka kerana bagi mereka dengan pangkat dan kuasa mereka akan menjadi kaya raya dan dimuliakan oleh manusia. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun untuk mencapai cita-cita mendapat kuasa hatta dengan membunuh, melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa, fitnah memfitnah, menculik dan sebagainya.
Saya mendoakan pemilihan kali ini akan menampilkan kepimpinan yang bertaqwa, hebat dan mampu memimpin rakyat dan negara ke arah kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Comments

zakaria@black said…
orang pas semua giler jawatan.. ape nak berselindung disebalik ayat2 cover plak...