JANGAN BERI PELUANG KEPADA MUSUH EKSPLOITASI ISU

Isu kerajaan perpaduan walaupun dikatakan sudah ditolak namun masih dimainkan oleh media lantaran pimpinan dan ahli parti sendiri memberikan bola tanggung kepada media untuk 'smash' PAS.
Isu yang melibatkan Nik Abduh yang didakwa membuat tuduhan tentang tindakan 'penasihat' Tok Guru Nik Aziz yang mempengaruhi Tuan Guru dalam isu kerajaan perpaduan.
Bagi saya perbincangan di dalam media mesti dihentikan serta merta. Jangan cuba cari publisiti murahan sedangkan di masa yang sama PAS rugi kerana akan ada orang yang termakan dengan tohmahan dan fitnah media.
Oleh itu saya mengharapkan semua pihak samada pimpinan besar atau kecil duduk semeja berbincang (jika ada masalah) bagi menyelesaikan isu ini. Tidak ada gunanya kita berbincang melalui saluran media yang terbuka untuk dimanipulasi dan dieksploitasi oleh media dan musuh-musuh kita.
Semua kita sayangkan parti dan jangan gadaikan parti untuk kepentingan sendiri.

Comments

Ini akan rugikan Pas dan buat rakyat rasa hampa dan kecewa , kalau Pas berganding bahu dengan pihak umno.
Kenapa rakyat pilih Pakatan Rakyat?
Jawapan sungguh mudah dan direct.
Iaitu untuk tukar kerajaan dan hapuskan rasuah.

Pas tidak boleh main-main dalam isu ini. Ganding bahu dengan umno ada lah sama seprti Pas boleh terima rasuah dan halal kan rasuah dari mata rakyat.
Anonymous said…
assalamualaikum...
memang kami menyokong timbalan presiden dari golongan ulamak,tapi kami kecewa golongan ulamak menyokong kepada kerajaan perpaduan dengan umno...
jangan hancur kan harapan ahli bawahan.umno musuh no satu kita

Diraf (Melaka bumi umno menang lagi)
Insan Kecewa said…
Saya memang cukup kecewa dengan Nik Abduh. Mendedahkan hal dalaman parti kepada umum ml blog. Memang tidak berakhlak. Cukup merugikan PAS.

Entahlah apa Nik Abduh mahukan.
pemimpinrakyat said…
Kelahiran Si Tanggang Moden......
Kalau dulu kita pernah di dengarkan cerita Si Tanggang semasa di sekolah rendah, atau dalam buku2 lama dulu......

Tapi, kini seolah2 kita dikejutkan dengan kemunculan Si Tanggang Moden. Kalau dulu kisahnya ialah kurang ajar kepada ibunya, tapi ini lain kisahnya pula iaitu kurang ajar kepada ayahnya.

Kerana apa?
-bersikap kurang ajar menegur ayahnya di tempat terbuka
-sedangkan beliau tinggal serumah dengan ayahnya, dan bila2 masa ada kelapangan boleh berbincang secara sulit
-kenapa dibiarkan lama , kalau betul? baru sekarang nak tunjuk belang?
-menuduh ayahnya tidak pandai politik dan dipengaruhi oleh orang2 sekeliling
-menuduh ayahnya terpengaruh dan tidak bijak membuat keputusan sendiri
-dia lebih hebat dari ayahnya kerana dia boleh nampak "ulama mee celup" tapi ayahnya tak nampak
-dan , dan , dan .....tak gamak nak sebut lagi sikap beliau ni

Jadi , sapa2 nak tengok Si Tanggang Moden ni, silalah ke negeri pantai timur ni.....
Anonymous said…
Eleh, anau tau nta org kuat Husam, mesti la nta bela husam....