Ingat zaman Jahiliyyah sahaja ada cerita tanam bayi dan bunuh bayi. Namun zaman moden seperti sekarang ianya terus menjadi-jadi. Manusia hanya mempunyai rupa manusia tetapi hati lebih teruk dan kejam dari binatang. Sudahlah perangai seperti binatang mengutamakan nafsu semata-mata tanpa memikirkan dosa dan pahala. Ini semua bala dari Allah kerana manusia meninggalkan ajaran agama. Mereka sudah tidak waras dan tidak dapat memikirkan yang mana baik dan buruk.
Kerajaan dan pihak berwajib perlu tampil segera membetulkan keadaan yang berlaku. Apa yang berlaku biarkan dia berlalu namun langkah-langkah pembetulan untuk menyelamatkan manusia mesti diambil. Hanya satu jawapannya iaitu kembali kepada Islam sebagai jalan penyelesaian. Jangan berdalih dan memberikan alasan lagi. Perkara yang baik Insya Allah jika dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh akan disokong oleh semua manusia.
Bernama melaporkan bahawa Tiga ditahan termasuk seorang wanita dan teman lelakinya dipercayai cuba menyembunyikan kelahiran dengan menanam bayi mereka yang telah meninggal dunia selepas baru dilahirkan, di sebuah kawasan rumah di Dangi, Kuala Pilah.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 23 dan 25 tahun ditahan petang semalam selepas polis menemui jasad bayi berkenaan di dalam sebuah lubang di kawasan rumah itu.
"Hasil siasatan awal mendapati wanita berusia 25 tahun itu melahirkan bayi tersebut pada Ahad lepas di sebuah rumah di Nilai. Bagaimanapun bayi itu meninggal dunia selepas dilahirkan.
"Teman lelaki wanita berkenaan (ibu bayi) bersama-sama adiknya (adik teman lelaki) kemudian membungkus mayat bayi itu dalam kain dan menanamnya di kawasan semak di tepi rumah di Dangi, Kuala Pilah," katanya dalam kenyataan semalam.
Katanya pada 6 petang semalam, pasukan forensik disaksikan suspek, mengorek lubang yang dikatakan lokasi bayi tersebut ditanam dan menemui satu bungkusan kain dan di dalamnya terdapat jasad bayi dalam keadaan cukup sifat tetapi telah kecut.
Zaldino berkata wanita itu dan jasad bayi berkenaan akan dibawa ke hospital Seremban untuk siasatan lanjut.
Comments