TERUS BERKECUALI : TAK KAWAN PH TAPI LEBIH MESRA DENGAN UMNO

PAS menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad ia menyokong Datuk Seri Najib Razak hanya kerana keengganannya bersama Pakatan Harapan (PH).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan itu tidak benar kerana situasi kini juga terdapat ahli Umno yang menentang dan menolak kepimpinan Najib sebagai perdana menteri.
“Tak betul (tidak sokong PH bererti sokong Najib). Dalam Umno pun ada yang tolak Najib,” katanya sewaktu diserbu pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi PPBM pada Sabtu di Konvensyen PH, membuat dakwaan sedemikan dan sekali gus sebarang kemungkinan PAS bergabung menentang Barisan Nasional (BN) dilihat musnah apabila menuduh PAS makan “dedak”.
Walaupun tidak menamakan mana-mana parti, namun PAS merupakan parti yang masih belum bersetuju menjadi sekutu pilihan raya dengan DAP, PKR dan Amanah bagi menentang BN.
Kata ahli Parlimen Marang itu, PAS tetap dengan pendirian mengambil jalan tengah iaitu tidak menentang atau menyokong mana-mana pihak secara semberono.
PAS tetap istiqamah BERKECUALI. Tidak mahu berkawan dengan PH tetapi pada masa yang sama MESRA dengan Umno. Itulah PAS sekarang.

Comments