Hanya Undang-undang Islam boleh CEGAH MURTAD

Bermacam-macam cerita tentang gejala murtad di Malaysia. Beberapa tahun lepas Mufti Perak menyatakan bahawa ratusan ribu orang Islam Malaysia telah murtad. Selepas pelbagai cerita timbul. Namun yang pasti kerajaan BN masih melayan isu murtad ini sebagai isu yang remeh dan tidak membimbangkan. Sebab itulah mereka tidak memandang serius isu ini walaupun pelbagai pihak tampil mendesak dan mengadakan demonstrasi aman membantah gejala ini.

Kerajaan tetap berdegil tidak mahu kembali kepada ajaran Islam dalam menangani isu murtad. Bila kerajaan negeri Kelantan hendak mennguatkuasakan hudud di Kelantan, kerajaan pusat tidak mahu memberi laluan kerana ianya bercanggah dengan perlembagaan persekutuan.

Hari ini sebuah media mendedahkan isu murtad ini sekali lagi.


Menurut media itu terdapat kumpulan tertentu yang menyokong kegiatan murtad ini.

Laporan media tersebut seperti di bawah :-

Biadab. Itu perkataan paling tepat untuk menggambarkan sikap pihak tertentu yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura apabila menubuhkan kelab di laman sosial, facebook (fb) bagi meraih sokongan masyarakat.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali fb terbabit dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan ini.
Bukan itu saja, mereka juga secara terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, bagi mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Pemerhatian wartawan Harian Metro ke atas fb berkenaan sehingga jam 4 petang semalam mendapati 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Comments