Debat Guan Eng vs Soi Lek disiar secara langsung di Astro, RTM mengapa TAKUT


Astro akan menyiarkan secara langsung debat antara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Chua Soi Lek, esok.
Debat panas dan sensasi berhubung masa depan politik kaum itu akan dadakan di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur bermula 5 petang.
Ianya akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro AEC (301) dan akan diulang tayang pada jam 11 malam hari yang sama.
Rangkaian Astro Awani (501) akan turut menyiarkan debat tersebut dalam bahasa Malaysia melalui alih bahasa.
Sebanyak 600 kerusi telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Asian Strategy & Leadership Institute (Asli) dan Insap yang mana setiap parti - MCA dan DAP diberikan peruntukkan 200 kerusi setiap satu.
Selebihnya adalah terbuka kepada orang ramai.
Namun TV pencacai Umno/BN iaitu RTM tidak berani untuk menyiarkan debat tersebut secara langsung. Setakat RTM masih berdiam diri dan tidak memberikan apa-apa kenyataan samada akan menyiarkannya secara langsung atau tidak.

Comments

Anonymous said…
Pihak yang untung ialah kaum Cina. Dapatlah mereka menimbangkan sapa yang cuba mengapi-apikan perkauman.. dan perbezaan antara agama. Belum baca apa kata Utusan Meloya