MALAYSIA PELIK : IPTA lantik TNC yang diberhentikan KERJA di IPTA lain.?


Di Malaysia apa pun boleh asalkan ianya direstui oleh kerajaan dan Ah Jib Gor. Hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) mempertikaikan pelantikan Professor Dr. Rugayah Mohamed sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss mendakwa, Rugayah merupakan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi) Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang telah ditamatkan perkhidmatannya awal Februari lalu.
“Sumber yang diperolehi mendapati bahawa Rugayah telah mengheret pentadbiran UTHM ke mahkamah termasuk dua TNC dan Dekan-dekan Fakulti.
“Bagaimana seorang yang telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Timbalan Naib Canselor disalah sebuah IPTA lain dan menyaman IPTA terbabit boleh dilantik pula ke sebuah institusi lain,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Raja seterusnya mendakwa,  Kementerian Pengajian Tinggi pernah menyatakan bahawa setiap pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor perlu melalui proses Jawatankuasa Pemilih yang ketat.
Justeru, katanya, DPPM mempersoalkan sama ada tidak ada calon yang mempunyai kredibiliti lebih tinggi untuk memikul tanggungjawab tersebut.
Malah, dakwanya, pihaknya percaya IPTA tersebut mempunyai ramai bilangan professor yang lebih layak untuk memegang jawatan tersebut.
Inilah yang kita katakan Malaysia pelik ......MALAYSIA BOLEH

Comments