GST dilaksanakan selepas BN menang PRU 13?


Kerajaan akan hanya melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) setelah mendapat persetujuan komuniti perniagaan termasuk syarikat industri kecil dan sederhana di negara ini. Sehingga itu, belum ada tarikh khusus bagi perlaksanaan GST tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Donald Lim Siang Chai.
Lim berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 2012 anjuran bersama Johor Coproration, Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), Kastam Diraja Malaysia dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor di Johor Baharu hari ini seperti yang dilaporkan oleh MStar.
Bacaan kali pertama rang undang-undang tersebut dibuat pada 16 Dis, 2009 dengan kadar GST pada 4.0 peratus, bagaimana pun laporan daripada dewan-dewan perniagaan menyatakan bahawa 80 peratus daripada komuniti perniagaan masih belum bersedia terhadap perlaksanaan GST tersebut.
Blog ini kurang yakin dengan kenyataan Donald kerana sudah banyak kali kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu tanpa memikirkan impak terhadap rakyat dan peniaga. Kemungkinan kerajaan akan mengambil hati peniaga tetapi bagaimana pula dengan rakyat terbanyak. Takkan kerajaan hanya akan berbincang dengan peniaga tetapi meminggirkan rakyat terbanyak.
Apa yang dapat kita ramalkan ialah jika BN menang pada PRU 13 sudah tentu GST akan diperkenalkan secepat mungkin.
APAKAH RAKYAT MALAYSIA MAHU GST DIPERKENALKAN.??? JIKA TAK MAHU PASTIKAN PR MENANG PRU 13 NANTI.

Comments