Piala Thomas : Kebimbangan Tamat


Kebimbangan peminat yang gusar Malaysia tidak layak bertanding pada Pusingan Akhir Piala Thomas berakhir apabila Malaysia berjaya melayakkan diri ke peringkat Separuh Akhir Pusingan Kelayakan di Macau semalam.
Malaysia berjaya menumpaskan India 3-0 pada suku akhir semalam. Kemenangan ini mengesahkan Malaysia ke pusingan akhir. 4 pasukan teratas Pusingan Kelayakan Zon Asia layak secara automatik/
Kecemerlangan negara diperoleh menerusi mata pertama apabila jaguh Datuk Lee Chong Wei dalam perlawanan perseorangan menewaskan Ajay Jayaram dengan 21-12,17-21,21-8.
Mata kedua pula diatasi oleh regu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong terhadap lawannya, Rupesh Kumar KT dan Sanave Thomas, 21-14, 23-21.
Mengubat kekecewaan pada perlawanan dengan Korea pada Rabu, Muhammad Hafiz Hashim bagaimanapun berjaya mencatatkan kemenangan bagi mata ketiga dengan mengetepikan Kashyap Parupalli, 21-17, 18-21, 21-11.
Pasukan negara akan bertemu Jepun dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat pukul 6.30 petang.\
Mstar

Comments