NEGARA 'MAJU' MALAYSIA : NAIK BASIKAL PUN SALAH ~ Ref Malaysiakini

Menunggang basikal di dalam negara Malaysia yang kerajaannya mengaku sebuah negara maju adalah salah. Ini yang berlaku ke atas peserta "Berbasikal Untuk Perubahan" anjuran kumpulan tidak berdaftar, Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT).
Mereka diganggu dan diprovok oleh pihak berkuasa semenjak mula mereka melancarkan kempen tersebut.
Semalam di Rawang seramai 28 orang kanak-kanak dan remaja yang berumur 18 tahun ke bawah itu telah dikumpulkan di balai polis Rawang sementara pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghubungi ibu bapa masing-masing untuk membawa mereka pulang.
Kesalahan mereka ialah menunggang basikal dalam kempen tersebut.
Apakah disisi undang-undang negara kita kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditegah menunggang basikal.???

Comments

muraisenja said…
memang la bang .... kalau sebelah sini buat apa pun salah nk tukar camry pun salah kalau depa semua ok... kan ke itu namanye demokrasi
. said…
salam.

blog ini telah disenaraikan di http://debatrakyat.blogspot.com

dijemput menziarahi apabila kelapangan.
satu lagi projek pelik Umno BN. Dulu mewajibkan penunggang motosikal pasang lampu pada waktu siang, skang ni plak nak naik basikal pun tak boleh.

apa pun alasan yang digunakan oleh pihak Polis utk menjustifikasikan tindakan mereka itu, rakyat tetap melihat satu perkara yang sumbang dan menjengkelkan telah berlaku, dan amat mencacatkan rekod demokrasi malaysia.

ikhlas,
http://www.pemudakemehe1.blogspot.com - saluran info PRK KT anda.