PAS DAH UMUM CALONNYA ...BELIAU IALAH ......? ~ Ref Malaysiakini

Setelah nama calon BN diumumkan oleh bakal Presiden barunya petang tadi sekelian mata dan telinga pencinta politik dan pemerhati politik tertumpu kepada PAS. Tandatanya terbesar ialah siapa calon PAS yang bakal menamatkan riwayat calon Umno, Wan Farid dari meneruskan tugasnya di Kabinet jika beliau menang pada 17 Januari nanti.

Teka-teki terus bergentayangan dari seluruh negara tentang siapa calon PAS. Nama-nama besar seperti Pakar Pilihanraya dan orang lama PAS, Dato' Mustafa Ali; Pemimpin berurat dawai dan berkulitkan besi, Haji Mohd Sabu dan mungkinkah Orang Muda dan Pakar Politik, Dr Syed Azman An Nawawi akan diamanahkan oleh PAS untuk membawa panji-panji Parti Islam ini. Atau apakah PAS membuat kejutan sekali lagi dengan mengenengahkan orang baru yang professional, Prof Dr Khazani Abdullah untuk memberi nafas baru kepada PAS Terengganu.
Malam ini jentera pilihanraya PAS dilancarkan secara rasmi di Kuala Terengganu. Namun pemimpin PAS masih tetap menutup mulut dan menyimpan rahsia seolah-olah ianya termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mengapa begitu susah mereka mengumumkan nama tersebut. Apa strategi dan taktik yang mereka sedang rancang?

Sebuah badan bebas yang menjalankan survey secara rambang di sekitar Parlimen Kuala Terengganu merumuskan bahawa peluang untuk PAS dan BN menang agak seimbang. Di mana 24.8 % responden memilih PAS yang akan menang berbanding BN yang hanya mendapat 20.9% daripada 622 responden yang ditemui. Sementara 50.3 % lagi menjawab tidak tahu atau berkecuali.

Apa yang lebih menarik di kalangan bakal calon PAS, YB Dr Syed Azman mendapatkan sokongan tertinggi, di mana 126 responden memilih beliau berbanding calon-calon lain iaitu Hj Mohd Sabu (73 responden); Dato' Wan Abdul Mutalib Embong (12) dan Dato' Mustafa Ali (3 responden). Manakala sejumlah 349 responden menjawab tidak tahu.

Bagi saya secara peribadi 'survey' atau kaji selidik ini wajar dirujuk kerana jelas ianya dibuat secara professional berdasarkan kaedah statistik dan penyelidikan secara sistematik. Malah dari survey sahabat-sahabat saya (survey kedai kopi) yang berkampung di Kuala Terengganu, mereka menyatakan rata-rata penyokong akar umbi PAS dan pengundi atas pagar lebih menyenangi Dr Syed Azman dari calon-calon lain.

Namun begitu jika PAS memilih Dato' Mustafa atau Mohd Sabu saya yakin PAS tetap menang kerana kedudukan BN sekarang benar-benar dalam keadaan defensif dan tertekan dengan isu setempat dan nasional.

Malah keyakinan saya juga adalah berdasarkan kepada latarbelakang pengundi Kuala Terengganu yang 'educated' dan terbuka tidak seperti pengundi di luar bandar.

Comments

Anonymous said…
Kuala Terengganu is no a bandar seat.

Kuala Terengganu is Kuala Ibai, Wakaf Mempelam, Ladang dan Bandar.

It is at best a semi urban wseat with traditional mindset.

Higher Education is at 10%.
Wan Ahmad Farid dipilih sebagai calon BN dah merupakan satu kemenangan besar kepada PAS. Awal2 lagi BN telah menuju kehancuran dengan memilih Ahmad Farid yang didakwa terlibat dengan kes Batu Burok dulu.

Walau apapun, jentera PAS perlu bekerja keras bagi memastikan Umno kalah teruk. Jangan leka dan jangan cepat mudah rasa selesa. Sama2 kita berkerja, berusaha dan sama2 berdoa agar Allah berikan kita kemenangan.

Ingat, ada 12 isu besar yang perlu Umno Bn jawab dalam pilihanraya ini. PAS akan menang sekiranya kita diberkati.

ikhlas,
http://www.pemudakemehe1.blogspot.com