Ahli Jawatankuas MCA Pusat yang juga bekas Setiausaha Parlimen, Dr Tan Yew Kew mengumumkan keluar dari MCA hari ini. Beliau juga adalah bekas Timbalan Ketua Wanita MCA.
Pengumuman ini memberikan tamparan hebat kepada MCA yang sememangnya sedang bergolak hebat sekarang ini.
Nampaknya sejak akhir-akhir semua parti komponen utama BN iaitu Umno, MCA, MIC dan Gerakan benar-benar berada dalam keadaan goyah ekorang kekalahan teruk BN pada pilihanraya Umum lalu. Pimpinan-pimpinan masing-masing menuding jari kepada satu sama lain yang mendakwa antara mereka menjadi penyebab kepada kekalahan parti mereka.
Lebih memeritkan Presiden parti masing-masing dituduh sebagai lemah, lembap dan suka menggunakan kuasa 'veto' mereka yang menyebabkan rakyat menolak BN.
MCA, Gerakan dan MIC mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah berbanding Umno yang kelihatan masih mendapat kepercayaan orang Melayu terutama di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.
Sesungguh keputusan Dr Tan ini merupakan suatu titik permulaan kepada dakwaan Pakatan rakyat bahawa selepas ini akan ramai lagi pemimpin parti komponen BN akan keluar parti mereka dan menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Ini tidak mustahil berlaku kerana riak-riaknya semakin kuat sekarang.
Comments