SAMY VELLU MASIH BELUM SEDAR

Walaupun Presiden MIC, Samy Vellu ditundukkan oleh rakyat pada Pilihanraya Umum di kerusi Parlimen Sg Siput pada PRU 12 lalu, namun Samy Vellu belum sedar dari 'mimpi'nya. Semalam beliau terus mahu memegang jawatan Presiden MIC walaupun pemimpin-pemimpin Parti Komponen utama BN yang lain semuanya menyatakan hasrat untuk berundur.
Lim Keng Yaik sudah berundur, Pak Lah berundur 2 tahun lagi, Ong Ka Ting 'confirm' tidak akan mempertahankan jawatannya, namun Samy masih berkeras untuk 'mati berdiri dalam pejabat' MIC.
Inilah Samy, seorang pemimpin politik ala Sami iaitu memegang jawatan seumur hidup.
Semalam S Samy Vellu berkata, beliau menyerahkan kepada perwakilan parti itu untuk memilih bakal penggantinya."Perwakilan yang akan menentukan (siapa presiden), bukan saya," kata Samy Vellu dalam sidang akhbar selepas perasmikan perhimpunan agung MIC di PWTC semalam.
Tegasnya, tidak ada rancangan pemilihan kuasa secara automatik dalam MIC.Sebaliknya, kata beliau, ia akan ditentukan oleh 3,600 pengerusi cawangan di seluruh negara.Pemilihan pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang ketiga terbesar itu, akan diadakan Mac tahun depan.“Akar umbi boleh memilih siapa sahaja yang mereka mahu,"
tambahnya.
Kenyataan Samy Vellu itu menimbulkan persoalan kerana dalam pemilihan parti pada 2006, beliau secara terbuka menyokong Datuk G Palanivel bertanding timbalan presiden.
Palanivel bertanding jawatan tersebut dan berjaya menewaskan penyandangnya Datuk S Subramaniam.

Comments