ANWAR DITAHAN DI LUAR RUMAHNYA

Laporan The Star

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan (gambar), ditahan polis tengah hari ini untuk membantu siasatan.

Peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita di pekarangan IPK Kuala Lumpur, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditangkap oleh sepasukan polis di kawasan berhampiran dengan rumahnya.

Anwar mula memberikan kenyataan kepada polis mulai pukul 2.30 petang - kira-kira 70 minit selepas dibawa ke IPK Kuala Lumpur.

Beliau dijangka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan DNA.

Kata Sankara polis boleh menasihatkan Anwar menjalani pemeriksaan di hospital tetapi tidak boleh memaksanya membekalkan sampel untuk DNA.

"Beberapa minit sebelum ditangkap, DSP Jude Pereira (pegawai penyiasat) menelefon saya dan mengesahkan tentang kedatangan mereka. Mereka kata hendak datang, tetapi (Anwar) ditahan di kawasan selekoh di Jalan Segambut (berhampiran rumah Anwar)," katanya.

Comments