SOKONG PENUH CADANGAN PRESIDEN PAS TOLAK PENGGUNAAN DNA (Seperti dilaporkan Malaysiakini)

Kita sebagai pencinta keadilan sudah pasti mahu sesuatu kes diadili dengan seadil-adilnya tanpa ada keraguan. Maka sudah tentu apa juga bukti yang boleh dimanipulasi dan direkacipta semestinya diketepikan.
Oleh itu tindakan Anwar enggan memberikan sampel darahnya merupakan suatu tindakan yang tepat demi untuk keadilan.
Saya menyokong penuh kenyataan Tuan Guru Presiden bahawa PAS amat bersetuju dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak membenarkan darahnya diambil untuk dijadikan sampel DNA.
Jangan pula nanti ada pihak yang mempertikaikan keengganan Anwar memberikan sampel DNA tersebut. Itu adalah haknya yang sangsi dan ragu takut-takut ianya dimanipulasi oleh pihak tertentu. Buktinya kes liwat 1998 yang menjadi sejarah hitam dimana berlaku 'fabrication of evidence'.
Dalam kenyataanya, Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menyokong keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan membenarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil sampel DNA kerana dikhuatiri akan dimanipulasi pihak berkuasa.
Dalam kenyataan yang dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, yang juga ahli Parlimen Bachok di Parlimen hari ini, beliau berkata PAS mengambil pendirian menolak sebarang tuduhan yang berbentuk andaian dan spekulasi.
"Begitu juga dengan penggunaan DNA yang pada bila-bila masa boleh di manipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah bagi menafikan keadilan yang sebenar.
"Saya menyeru kepada semua agar berpegang teguh kepada prinsip Islam dan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak terbukti kesalahannya di mahkamah yang diadili. "
Asas ini harus dipegang dalam menilai tuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Di samping itu, Bernama melaporkan beliau juga mengalu-alukan pembebasan Anwar namun memandang berat cara penangkapan yang dibuat terhadapnya.
"Kami memandang berat cara penangkapan Anwar yang dibuat polis semalam yang tergesa-gesa dan kasar walaupun beliau bersedia melaporkan diri dan memberi kerjasama.

Comments