MUZAKARAH BUKAN SEKARANG - Ref Malaysiakini

Apa Prof Hamirdin Ithnin kata tentang Muzakarah PAS-Umno, Saya sokong 100 %.

Kata Prof :


Sekarang UMNO sibuk melaungkan bahawa ia mau bermuzakarah dengan PAS. Presiden PAS menunjukkan kesediaannya untuk bermuzakarah, tetapi Najib memberi amaran kalau nak bermuzakarah, jangan letak apa-apa syarat. Berita hari ini memetik Tuan Guru Nik Aziz mahukan ada pihak ketiga yang turut sama, sekiranya muzakarah itu hendak bei.rlangsung.

Perkara pertama yang perlu kita ketahui ialah apabila UMNO hendak bermuzakarah, maka itu adalah pertanda bahawa ia sedang nazak. Kalau ia berada dalam keadaan segar bugar, kelibat PAS pun akan diludahinya.

Kedua, pada masa ini, UMNO itu yang lebih memerlukan muzakarah berbanding dengan PAS, oleh itu PAS tidak perlu tergesa-gesa mengadakannya.

Ketiga, dalam kes liwat 2 DSAI, persepsi rakyat Malaysia ialah keterpalitan puak ni. Sehingga isu ini selesai, maka muzakrah adalah sesuatu yang merugikan PAS dan bukan menyelesaikan pergolakan orang Melayu dan umat Islam.

Muzakarah boleh diadakan. Cuma timingnya mestilah sesuai. Ia bukan sekarang.

dari blog : http://hamirdin.blogspot.com

Comments

malayamuda said…
i agree with you !!

Muzakarah hanye is sincere only when UMNO calls for it when it is strong.

Kalau mintak muzakarah masa die lemah, ia nyer hante satu helah politik dengan mempergunakan name Kedaulatan Islam dan mempermainkan makna Ketuanan Melayu untuk agenda politik yang sempit
Nizam Gtz said…
Kesempitan pemikiran berlegar-legar di dalam pemikiran secara jumud tanpa sulaman pengetahuan yang mendalam kerana terlalu banyak terdedah dengan ideologi ciptaan zionis tua...

Muzakarah PAS - UMNO perlu dilaksanakan bukan kerana UMNO semakin lemah... tetapi persisnya perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair semakin lemah dilihat, lantaran kekurangan sifat mahmudah dalam diri manusia... Kerana dendam atau sifat mazmumah lain yang memamah jiwa dan hati-hati...

Kembalilah ke jalan yang diredhai... Sesungguhnya menghalang silaturrahim itu adalah sifat yang keji dan dimurkaiNYA...

Semoga husnuzzan sentiasa menjadi pakaian kita sebagai hambaNYA...